Negara Jepun sememangnya terkenal dengal pelbagai perkara unik, daripada ciptaan pelik dikenali sebagai Chindogu, pertandingan realiti televisyen yang pelik, makanan yang pelik dan sebagainya. 

Di Jepun, terdapat satu jenis tarian yang dikenali sebagai Butoh. Dalam Bahasa Malaysia, ianya mungkin kedengaran seperti sebuah perkataan kesat namun di Jepun ianya sememangnya nama satu jenis tarian. Tarian ini turut dikenali sebagai "ankoku butoh" yang bermaksud "tarian gelap dan kegelapan".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum kami berkongsi panjang lebar mengenai tarian unik ini, sila tonton terlebih dahulu video tarian Butoh di bawah:

Sejarah tarian Butoh

sejarah butoh

Tarian Butoh oleh pengasasnya, Hijikata Tatsumi

Butoh bermula daripada sebuah persembahan ringkas pada tahun 1959 berjudul "Kinjiki" ("Warna Terlarang") yang diinspirasikan daripada novel tulisan Yukio Mishima diberikan judul nama yang sama.

Butoh dimulakan oleh dua orang pengasas utama, Hijikata Tatsumi dan Ohno Kazuo. Hijikata Tatsumi mula mencipta gerakan tarian ini dan mengembangkannya pada tahun 1950-an. Gaya dan pergerakan tarian yang sangat unik ini berdasarkan pada kenangan masa kecilnya di rumahnya di bahagian utara Jepun.

Sementara itu, Ohno Kazuo juga seorang penari Jepun yang menjadi guru dan tokoh inspirasi tarian Butoh yang menyebarluaskan lagi tarian ini. Kedua orang pengasas tarian ini belajar di Jerman dan setelah kembali ke Jepun, mereka mencari bentuk baru cara mengekspressikan diri mengikut cara dan budaya Jepun tanpa meniru budaya Barat.

tarian butoh 414

Bentuk dan gerakan tarian ini dibina berdasarkan isyarat fizikal kasar dengan persembahan pertama diharamkan kerana gaya provokatif dan liar mereka. Penari tarian Butoh memakai solekan pada muka berwarna putih dan memaparkan gerakan yang perlahan dan terkawal.

Apa sebenarnya maksud Butoh?

tarian pelik jepun

Ini adalah persoalan sangat sukar. Hal ini disebabkan perkataan ini merujuk kepada perkara yang berbeza mengikut peredaran zaman. Pada akhir abad ke-19, perkataan "Butoh" ini digunakan di Jepun untuk menggambarkan gaya tarian Barat seperti waltz.

Namun,  apa yang kini kita anggap kini sebagai tarian "Butoh" pada mulanya dahulu tidak menggunakan gelaran atau label "Butoh" ini. Tarian ini melibatkan lelaki yang berpakaian separa telanjang dan wajahnya disolekkan dengan warna putih.

Tarian Butoh pada masa kini sudah berevolusi dan sedikit sebanyak telah berubah. Hari ini, tarian Butoh merangkumi pelbagai gaya daripada yang mengerikan kepada kekejaman, dan daripada erotik kepada komik.

Berbanding dengan tarian Jepun tradisional, pergerakan tarian Butoh membolehkan tubuh berekspresi secara semulajadi. Ia kelihatan seperti pergerakan tarian orang amatur berbanding penari pakar. Semasa persembahan, muka dan badan dilembutkan untuk membolehkannya bergerak secara semula jadi.

Keunikan tarian Butoh Jepun

teknik tarian butoh 570

Banyak perdebatan timbul mengenai gaya pergerakan tarian Butoh. Kebanyakan  tarian Jepun mempunyai bentuk atau postur Jepun khusus yang diberikan kepada mereka, tetapi Butoh tidak mempunyai syarat pergerakan tertentu. Tarian Butoh sebaliknya tidak mempunyai pergerakan yang spesifik tetapi dilakukan secara spontan mengikut apa yang terlintas di minda.

Pergerakan tarian ini sering dianggap sebagai pelik dan hanya memberi tumpuan kepada ekspresi minda penarinya berbanding kecantikan fizikal.

Terdapat banyak kumpulan yang telah dipengaruhi oleh gerakan Hijikata ini. Ia bahkan telah berkembang ke peringkat antarabangsa dengan pelbagai penari hebat dari Eropah. Antara artis Butoh yang popular pada masa kini adalah Akaji Maro, Ushio Amagatsu, Min Tanaka, Tadashi Endo, Edoheart dan Atsushi Takenouchi.

Ingat lagi dengan tarian Jeng Jeng Jeng? (rujuk video di atas). Mungkin hampir mirip dengan tarian Butoh.

Kredit:

  1. Japan Info
  2. Japan Times
  3. Wikipedia
  4. The New York Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)