Oleh pada 10 Dec 2019 kategori

Penggunaan istilah Inggeris dalam penggunaan istilah, seringkali dilihat 'merojakkan' bahasa kita sehinggakan menenggelamkan penggunaan istilah bahasa Melayu rasmi.

Istilah 'century', 'millenium' dan 'milenia' selalu diungkapkan dalam perbualan kita sedangkan kita semua tahu dalam tatabahasa bahasa Melayu, wujud istilah 'abad' atau 'kurun' yang lebih sesuai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Untuk artikel kali ini, mari kita belajar tentang istilah kiraan tahun yang ada dalam bahasa Melayu, makna disebalik istilah itu dan asal-usul dari mana datangnya istilah itu.

1. Dekad/Dasawarsa

dekad membaca kebangsaan

'Dekad' merupakan istilah pinjaman yang diambil daripada perkataan Inggeris 'decade.' Asal usul istilah 'decade' pula datang daripada nombor 'deka' yang mewakili bilangan 10 dengan penjodoh bilangannya pula ditulis sebagai 'dekas.'

Adakah ada ganti 'dekad' yang tidak dipinjam dari bahasa barat? Ada. Istilahnya adalah 'dasawarsa' yang diambil daripada istilah bahasa Jawa. 'Dasa' mewakili bilangan 10 dengan 'warsa' membawa makna tahun.

2. Pancawarsa/Lustrum/Demi-decade

lima tahun kemudian

Oleh kerana kita biasa mengira tahun menggunakan bilangan 10, jarang sekali kita menggunakan kiraan 5 tahun. Bagaimanapun, wujud istilah khas untuk mewakili tempoh 5 tahun dalam bahasa Melayu iaitu 'pancawarsa.' Asalnya juga daripada bahasa Jawa, dengan panca mewakili lima dan warsa mewakili tahun.

Istilah 'lustrum' yang diambil daripada istilah Greek lama, dicipta bagi menggambarkan tempoh 5 tahun tetapi penggunaannya tidak diangkat lagi dalam bahasa Inggeris. Untuk mewakili tempoh 5 tahun dalam bahasa Inggeris, istilah yang biasanya digunakan adalah 'demi-decade' dengan 'demi' bermakna 'separuh' dan 'decade' tetap mewakili 10 tahun.

Bagaimanapun, setakat ini istilah itu belum lagi didaftarkan secara rasmi dalam kamus bahasa Inggeris walaupun kedua-dua istilah yang membentuk 'demi-decade' memang ada direkodkan.

3. Abad/Century

20th century fox logo 880x440

'Century' datang daripada kiraan 'centum' dalam bahasa Latin kuno, yang mewakili bilangan 100 sebelum mengalami perubahan dalam bahasa Perancis (centurie) sehinggalah menjadi ejaan yang ada sekarang ini. Pada mulanya, 'century' digunakan sebagai penjodoh bilangan askar yang berkawad sebelum bilangan itu digunakan untuk merujuk kepada tempoh pajakan tanah yang dipersetujui orang Rom.

'Abad' juga membawa makna yang sama dengan 'century', tetapi dipinjam daripada perkataan Arab 'abad.' Bagaimanapun, penggunaannya berbeza maknanya. 'Abad' dalam bahasa Melayu membawa makna 100 tahun, sementara 'abad' dalam bahasa Arab bermaksud sesuatu yang mampu bertahan lama atau kekal.

4. Kurun

kurun tamadun lembah bujang

Daripada segi bahasanya, ramai antara kita menggunakan 'kurun' sama seperti 'abad', apabila kita menyamakan kurun bersamaan dengan 100 tahun. Kaedah itu tidaklah salah.

Apa yang perlu kita tahu, penggunaan istilah kurun ini mampu merangkumi skop yang lebih besar berbanding abad. Sekiranya abad dalam bahasa Melayu terhad untuk menggambarkan bilangan, kurun pula lebih longgar penggunaannya.

Sebagai contoh, penggunaan ayat 'peristiwa yang berlaku pada abad kedua selepas kurun Masihi' menandakan 'sesuatu kejadian yang berlaku lebih kurang seratus tahun selepas berlakunya peristiwa penghijrahan umat Islam.'

5. Alaf/Millennium

millenium falcon etimologi bahasa

Perkataan 'alaf' dalam bahasa Melayu merupakan pinjaman bahasa Arab 'alf' yang mempunyai makna yang serupa - mewakili tempoh 1000 tahun lamanya. Sekiranya digunakan dalam bahasa Arab, 'alf' akan disebutkan sebagai sama ada dengan sebutan kata akarnya sendiri atau dengan sebutan 'alfeeya'.

Perkataan 'millennium' pula turut sama datang daripada sistem kiraan dalam bahasa Latin, dengan kata asalnya adalah 'mille' yang membawa makna seribu dengan gabungan istilah 'ennium' yang membawa makna tahun.

Sekiranya anda fikir, pasti pelik kenapa 'millennium' membawa maksud 1000 tahun tetapi 'million' membawa makna sejuta. Ini kerana kedua-duanya mempunyai kata akar serupa iaitu 'mille', tetapi 'million' digunakan untuk menggambar nilai 1000 dalam jumlah yang banyak - sebelum nilai 'million' ditetapkan kepada '10 ribu 1 ribu.'

Dalam bahasa Melayu, istilah 'millennium' turut sama diterima secara rasmi, dengan ejaan berbeza. Dalam bahasa Inggeris, ejaannya lebih kompleks 'millennium' sementara dalam bahasa Melayu ejaannya adalah 'milenium.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)