Oleh pada 29 Mar 2018 kategori

Kita kerap kali mendengar tentang Hadis Sahih oleh Bukhari & Muslim. Namun, siapakah Bukhari & Muslim? Adakah mereka para Sahabat Rasulullah? Apa yang membuatkan hadis mereka diterima pakai sebagai sumber utama hadis sehingga ke hari ini? Artikel kali ini menceritakan tentang kisah ringkas kehidupan Imam Bukhari, dan sedikit kaitan beliau dengan Imam Muslim. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Latar Belakang Imam Bukhari

bukhara tempat kelahiran imam bukhari

Nama sebenar Imam Bukhari adalah Muhammad ibn Isma'il al-Bukhari al-Ju'fi. Beliau dilahirkan selepas waktu solat Jumaat pada 19 July 810 di bandar Bukhara di Transoxiana (kini Uzbekistan). Bapanya, Ismail ibn Ibrahim adalah seorang ulama hadis, pelajar dan pembantu Malik ibn Anas, iaitu Imam Malik (Mazhab Maliki). 

Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih bayi. Beliau dibesarkan oleh ibunya, yang menjaga makan minum dan kesihatan. Ibu beliau membelanjakan segala yang harta yang ada bagi memberi peluang kepada pendidikan yang terbaik kepada beliau. 

Imam Bukhari Mula Menuntut Ilmu Sejak Di Awal Usia Lagi

imam bukhari menuntut ilmu sejak kecil

Imam Bukhari mula mempelajari hadis pada tahun 820, ketika berusia 10 tahun. Kebolehan intelektual Imam Bukhari disedari sejak awal lagi. Beliau menghafal hasil kerja Abdullah ibn al-Mubaarak (ulama terkenal) ketika masih kecil. Seorang yang bertakwa dan mempunyai ingatan yang kuat dan keinginan untuk belajar yang tinggi, beliau dikatakan berjaya menghafal dengan jiwa sekurang-kurang 70,000 hadis (perkataan) Nabi Muhammad S.A.W..

Ketika berusia 16 tahun, beliau ke Mekah bagi melakukan ibadah haji bersama ibu dan abangnya. Bermula dari situ, beliau melakukan beberapa lagi pengembaraan lain bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tentang hadis. Beliau melawat beberapa pusat pengajian yang penting pada ketika itu, berhubung dengan para ulama dan bertukar maklumat serta pendapat tentang hadis. 

Pada usia 18 tahun, beliau menulis bukunya yang pertama berkenaan Para Sahabat dan peneraju empayar Islam. Buku tersebut adalah 'Al-Tarikh-al-Kabir'. Imam Bukhari sangat meminati subjek sejarah dan hadis. Beliau mendekati para ulama dengan untuk mempelajari dan membincangkan berkenaan hadis Rasulullah. Ketika dalam pengembaraan ke Baghdad, beliau beberapa kali sempat mengadakan perbincangan dengan Imam Ahmad Hanbal (Mazhab Hanbali). 

Imam Bukhari Mengembara Demi Menuntut Ilmu Pengetahuan

pengembaraan imam bukhari bagi menuntut ilmu 920

Niat utama pengembaraan beliau adalah untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin dan menyusun koleksi hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W.. Beliau gemar menulis. Beliau pernah berkata, "Aku sudah menulis tentang 1,800 orang, setiap daripada mereka tahu tentang perkataan Nabi Muhammad S.A.W., dan aku hanya menulis tentang mereka yang melepasi ujian kebenaranku.". 

Selepas 16 tahun mengembara, beliau akhirnya pulang ke kampung halaman di Bukhara. Di situlah beliau menghasilkan 'al-Jami'-as-Sahih', sebuah koleksi yang mengandungi 7,275 hadis, disusun mengikut bab bagi mendapatkan asas bagi sistem perundangan Islam yang lengkap tanpa menggunakan undang-undang spekulatif. Kesemua hadis tersebut telah ditapis dengan teliti, dan ketulenan serta ketepatannya tidak menimbulkan sebarang keraguan.

Hasil penulisan beliau ini sangat dipandang tinggi dalam kalangan umat Islam, dan menjadi sumber hadis paling tulen. Selain itu, beliau turut menyusun beberapa buku lain termasuklah 'al-Adab-al-Mufrad', iaitu sebuah koleksi hadis berkenaan etika dan adab.

Tahun-Tahun Akhir Kehidupan Imam Bukhari

siapakah imam al bukhari 399

Pada tahun 864, beliau berpindah ke Nishapur, Iran di mana beliau bertemu dengan Muslim ibn al-Hajjaj (Imam Muslim). Imam Muslim kemudiannya menjadi anak murid beliau. Imam Muslim turut mengikuti jejak langkah gurunya dengan mengumpul serta menyusun sebuah koleksi hadis yang kita kenali sebagai Sahih Muslim, rujukan hadis ke-2 selepas Sahih Bukhari. 

Disebabkan masalah politik di Nishapur, beliau berpindah ke Khartank, sebuah perkampungan di Samarkand. Beliau tinggal di sana sehingga menembuskan nafas terakhir pada 31 Ogos 870 ketika berusia 60 tahun. Semoga Allah merahmati rohnya. 

Kesimpulan

masjid makam imam bukhari

Sumbangan Imam Bukhari kepada agama Islam sememangnya sangat besar. Sedar atau tidak, kita pasti pernah terlintas terbaca hadis yang disusun oleh beliau. Imam Bukhari hanya hidup selama 60 tahun, sekitar 1,200 tahun lalu. Namun, hasil koleksi hadis yang disusun beliau masih digunakan sehingga ke hari ini. Inilah yang dikatakan 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Tanya diri kita, apakah sumbangan kita kepada masyarakat sementara kita masih hidup?

EKSTRA - Latar Belakang Ringkas Imam Muslim

imam muslim imam ulung islam

Imam Muslim adalah anak murid dan rakan kepada Imam Bukhari. 

Nama Penuh: Muslim ibn al-Hajjaj

Tarikh Lahir: Selepas 815 (tarikh sebenar tidak diketahui)

Tempat Lahir: Nishapur, Khorasan (kini Iran)

Tarikh Meninggal Dunia: May 875

Hasil Kerja: Sahih Muslim (rujukan kedua selepas Sahih Bukhari)

Sumber:

  1. en.wikipedia.org
  2. kitaabun.com
  3. hadithcollection.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)