Fahami apa itu 'Diskalkulia' ?

Merujuk kepada istilah sastera, ia adalah dari gabungan perkataan "dys" dalam bahasa Greek yang bermaksud kesukaran dan "calculia" yang bermaksud pengiraan dalam bahasa Latin. Jadi, Diskalkulia ini didefinisikan sebagai masalah pembelajaran yang spesifik dalam pengiraan atau matematik dan seumpamanya.

Diskalkulia ini merupakan kesan isu pembelajaran umum tentang keupayaan kanak-kanak dalam matematik. Ia bukan sahaja memberi kesan di sekolah malahan dapat memberi kesan juga dalam kehidupan seharian mereka. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sokongan dan cara untuk membantu kanak-kanak ini mendapat kemahiran yang mereka perlukan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Diskalkulia ini diterangkan oleh 'Department for Education Skills' (DfES) sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperolehi kemahiran dalam aritmetik. Oleh kerana itu, kanak-kanak diskalkulia ini menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dalam mempelajari fakta nombor dan cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 3+2=5 tetapi mereka tidak dapat mentakfsirkan bahawa 2+3=5 juga. Walaupun mereka dapat memberi jawapan yang betul, tetapi mereka tidak yakin dengan jawapan tersebut.

Tanda-tanda Diskalkulia

do you have dyscalculia 665

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan mengalami kesukaran :

  1. mengenal nombor dan simbol-simbol asas dalam matematik seperti +, -, x dan รท.
  2. menentukan yang mana nilai besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat mengenal pasti nilai yang terbesar antara 69 dan 96.
  3. mengira sifir 2 atau 5 dan dalam turutan menurun.
  4. mengira wang atau melihat masa.
  5. membuat anggaran dan pengukuran seperti nilai, saiz, jarak atau cecair.
  6. membaca peta atau jadual disebabkan kurang kesedaran tentang kedudukan, arah dan lain-lain.
  7. menggunakan peraturan matematik dan prosedur. Oleh itu, mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik.
  8. lemah dalam pengiraan yang spontan.

Punca-punca terjadinya Diskalkulia

dyscalculia or mathematics disorder in children

#1 Genetik

Kajian menunjukkan bahawa sebahagian dari perbezaan dalam skor matematik kanak-kanak berpunca dari genetik. Mungkin ada di antara keluarga yang turut mengalami masalah Diskalkulia.

#2 Kecederaan otak

Hal ini juga terjadi disebabkan berlakunya kecederaan pada bahagian tertentu di otak.

#3 Pendedahan awal matematik 

Ada sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil di mana mereka masih tidak bersedia untuk menerima konsep matematik. Ini menyebabkan mereka menjadi terlalu bimbang jika tidak dapat menjawab soalan matematik yang ada dan membuatkan mereka turut berasa fobia.

#4 Faktor pengajaran di sekolah

Pelajar yang lemah khususnya, mereka tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran itu dengan sepenuhnya. Hal ini kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran mereka mengikut waktu yang ditetapkan. 

Bagaimana cara untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?

howcanisupportastudentwithdyscalculia

  1. Memberi penyampaian dengan baik secara sebahagian sub-topik.
  2. Memberi latih tubi dengan berulang-kali.
  3. Mengenal pasti apa yang mereka faham dengan soalan atau latihan yang diberikan.
  4. Menggunakan bahasa yang senang difahami.
  5. Mementingkan kefahaman konsep.
  6. Menggunakan alat bantuan mengajar yang pelbagai.
  7. Memberi penghargaan dan pujian untuk mengelakkan mereka berasa cepat mengalah dan elakkan dari membebel atau marah di hadapan orang ramai.

Sokongan keluarga

f3 2

Ya, mereka sangat memerlukan sokongan dari keluarga terutama daripada ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anda hendaklah sentiasa memantau dan memberi tunjuk ajar dalam membantu anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran ini :

  • Memberi peluang kepada anak anda untuk terlibat dengan aktiviti pengiraan ataupun perhitungan seperti membawa anak anda ke kedai untuk membeli barang dan sebagainya.
  • Mengajar melalui permainan angka yang dapat menarik perhatian anak anda untuk belajar.
  • Selalu bertanya dengan guru kelas akan perkembangan anak anda di sekolah.
  • Memeberi kerjasama dengan pihak sekolah untuk membimbing anak anda supaya berjaya dalam kehidupan.

Kesimpulannya, lebih banyak yang anda tahu tentang cabaran yang kanak-kanak ini hadapi maka lebih mudah untuk anda mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. 

Rujukan :

apa itu Diskalkulia?




Hakcipta iluminasi.com (2017)