Oleh pada 12 Jul 2017 kategori

Adakah anda seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah matematik? anda berasa bahawa matematik merupakan satu perkara yang amat mudah? Sekiranya ya, anda perlu mencuba soalan yang diberikan kepada kanak-kanak berusia 14 tahun di negara Singapura ini.

Soalan ini pernah menjadi tular di laman sosial satu ketika dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa ia mustahil untuk diselesaikan. Namun, sekiranya anda berfikir dengan lebih lanjut, anda mampu untuk menyelesaikan soalan matematik ini.

Soalannya :

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jawapan :

1) Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti sama ada Albert mengetahui bulan atau tarikh hari jadi Cheryl. Sekiranya Albert mengetahui tarikh hari jadi Cheryl, sudah pasti Bernard tidak akan mengetahui tarikh tersebut. Oleh hal yang demikian, sudah tentu Albert mengetahui bulan hari jadi Cheryl.

2) Melalui pernyataan yang pertama, kita tahu bahawa Albert amat pasti bahawa Bernard tidak mengetahui tarikh hari jadi Cheryl. Oleh itu, bulan Mei dan Jun perlu dipotong (Kerana tarikh 19 dan 18 hanya ada pada bulan Mei dan Jun). Dalam erti kata lain, sekiranya Albert mengetahui bahawa tarikh lahir Cheryl adalah pada bulan Mei atau Jun, dia tidak akan pasti bahawa Bernard tidak mengetahui tarikh tersebut kerana ada kemungkinan bahawa Bernard mempunyai tarikh 18 atau 19 haribulan.

3) Melalui statement Albert, Bernard pasti bahawa bulan Mei dan Jun adalah salah.

4) Kemudian, Bernard telah pun tahu bulan kelahiran Cheryl. Ia merupakan salah satu daripada 3 tarikh ini : 16 Julai, 15 Ogos dan 17 Ogos. (Tanggal 14 haribulan disingkirkan kerana ada kemungkinan ianya 14 Ogos ataupun 14 Julai)

5) Oleh hal yang demikian, Albert juga telah pun tahu tarikh hari jadi Cheryl. Ia sudah tentu adalah pada bulan Julai kerana sekiranya pada bulan Ogos, dia perlu memilih sama ada pada 15 ataupun 17 Ogos.

Jawapannya ialah : 16 Julai

Pada mulanya soalan ini merupakan soalan yang dipertandingkan di pertandingan Singapore and Asean Schools Math Olympiads (SASMO). Namun, soalan ini dilaporkan telah bocor dan ia akan digantikan dengan soalan yang baru sebelum pertandingan yang sama dijalankan di Cambodia.

Anda berjaya menjawab soalan ini? kongsikan kepada rakan-rakan anda dan cabar mereka supaya menjawab soalan ini!

Sumber rujukan : 

mashable.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)