Oleh pada 27 Mar 2017 kategori

Dengan muka yang innocent, dan berbadan kecil, anda pasti tidak menyangkakan apa-apa yang luar biasa mengenai remaja ini. Remaja genius yang beragama Islam ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun beliau merupakan salah seorang daripada kanak-kanak terbijak di Britain, yang diambil menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Yasha Asley, 14, diambil bekerja oleh Universiti Leicester kerana kebolehannya memahami permasalahan matematik dan dapat menerangkan dengan sangat jelas. Selain mengajar, beliau juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut. Tugas Yasha adalah untuk mengajar tutorial setiap minggu kepada pelajar dewasa. Beliau merupakan pelajar termuda di universiti tersebut, dan juga pekerja termuda.

genius boy io18

Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawarkan bekerja ketika beliau berumur 13 tahun, mengalahkan pemohon dewasa. Pegawai pentadbiran perlu memohon kepada majlis bandaraya Leicester untuk kebenaran khas untuk mengambil beliau bekerja kerana umurnya yang terlalu muda. Tutorial yang diajar Yasha setiap minggu adalah untuk pelajar dewasa yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar menyelesaikan soalan.

"Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaians seragam sekolah pada saya. Saya sangat berterima kasih,"

- Yasha Asley

Yasha yang juga digelar sebagai "manusia kalkulator", sekarang berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di tahap PhD apabila tamat kursus. Pelajar pintar ini bersekolah di sekolah rendah di negeri itu sebelum mendapat tempat untuk belajar di tahap ijazah sarjana muda dalam bidang matematik ketika hanya berusia 12 tahun pada 2014. 

universiti leicester 510

Beliau merupakan pelajar pertama di dunia yang mendapat gred A dalam matapelajaran matematik dalam A Level dengan mendapat markah 100 dan 99 dalam 2 kertas daripada 6 kertas peperiksaan ketika beliau hanya berusia 8 tahun. Beliau lulus A Level dalam mata pelajaran matematik dan statistik ketika berumur 9 dan 10 tahun.

Selepas menamatkan tahun 6 di sekolah rendah beliau terus sambung belajar di universiti. Dengan pencapaian beliau, Yasha berkata :

"Saya amat menyukai matematik kerana ia sains yang tepat. Ianya adalah satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda cakap itu betul. Ia juga sangat mudah dan subjek yang seronok untuk dipelajari,"

- Yasha Asley

pensyarah matematik

Bapa bertuah, Moussa Asley, 53, yang membesarkannya bersendirian di rumah mereka di Leicester berkata, anaknya dialu-alukan oleh kakitangan dan pelajar universiti.

Bapanya yang menghantar Yasha setiap hari ke kuliah berkata, "Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka. Yasha sangat pintar dalam memahami sesuatu masalah dan menerangkan dengan sangat jelas membuatkan dia sangat bersesuaian dengan kerja tersebut,"




Hakcipta iluminasi.com (2017)