masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun

Jika dilihatkan ketika ini, kanak-kanak bersekolah rendah sudah mempunyai telefon pintar, malah ada yang berharga mencecah ribuan ringgit. Semua umat manusia sedang ghairah dengan teknologi yang dikecapi sehinggakan terlupakan kehidupan yang dijalani.

Namun, lain pula bagi seorang warga emas di Jepun, Masafumi Nagasaki. Selama hampir 30 tahun, Masafumi telah tinggal bersendirian di sebuah pulau, di wilayah tropika Jepun, di Okinawa, yang mana dia merupakan satu-satunya penduduk di sini.

82 tahun masafumi nagasaki tinggal di pulau

Masafumi yang digelar sebagai "pertapa bogel" disebabkan berada dalam keadaan bogel dan tinggal di pulau tersebut sejak tahun 1989.

Dia ditemui oleh seorang pengembara yang kebetulan mengunjungi pulau tersebut yang merupakan penulis cerita mengenai mereka yang terkandas di tempat terpencil, seperti dirinya.

Pulau yang didiami Masafumi itu dilaporkan tidak mempunyai sumber air bersih atau tawar. Menurut penulis dan pengembara tersebut, Alvaro Cerezo yang menemubual Masafumi, pertapa bogel kelihatan dehidrasi dan "lemah" ketika ditemui.

Jelas sekali ketika itu menurut Alvaro bahawa Masafumi berada dalam keadaan yang teruk dan kelihatan memerlukan bantuan dan pertolongan.

masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun 0

Cerita mengenai Masafumi pertama kalinya diketahui pada tahun 2012. Dia berputus asa dengan kehidupannya di bandar pada awal tahun 90-an, dan mendirikan pangkalannya sendiri di pulau kecil itu.

Masafumi telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak sebelum berpindah ke pulau itu. Kawasan di pulau itu sering dilanda arus berbahaya sehinggakan nelayan paling berpengalaman pun tidak berani menjala di kawasan tersebut.

Masafumi mempunyai masa lalu yang menarik sebelum memutuskan untuk tidak teruskan hidup mengikut tamadun manusia. Dia pernah bekerja dalam industri hiburan dan menjadi jurugambar yang dihormati di zamannya.

masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun 3

Ramai orang tidak tahu akan rancangannya untuk "bersara daripada masyarakat".

"Saya tidak melakukan apa yang masyarakat beritahu saya, tetapi saya mengikut peraturan dunia semulajadi. Anda tak boleh tewaskan alam semulajadi, jadi anda harus mematuhinya. Itu apa yang saya pelajari ketika datang ke sini, dan mungkin kerana itu saya dapat menyesuaikan diri dengan baik," jelas Masafumi Nagasaki.

Masafumi tinggal di dalam sebuah khemah dan memakai jam tangan untuk mengikuti jadual hariannya yang padat. 

masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun 00

Walaupun bersendirian, Masafumi dibantu oleh kakakanya, yang menghantar wang RM400 setiap bulan. Wang tersebut digunakan untuk membeli air minuman dan makanan ruji seperti kek beras dari kampung berhampiran.

Dia biasanya akan mengayuh sampan ke kampung tersebut untuk seketika namun tidak lagi selepas tidak berpakaian. Masafumi akan merebus kek beras 4 hingga 5 kali pada hari biasa.

Dia juga menghasilkan sistem air menggunakan periuk yang rosak. Periuk itu digunakan untuk menahan air hujan yang mana digunakan untuk mandi dan bercukur.

masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun 12

Alvaro dan pasukannya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kisah Masafumi dan mengapa dia membawa dirinya hidup bersendirian di situ. Mereka menghabiskan masa 5 hari bersamanya di Pulau Sotobanari.

Ketika di situ, Masafumi tidak berpakaian dan langsung tidak mempunyai barangan peribadi selepas ribut taufan memusnahkan kem nya. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalani kehidupan yang diinginkannya.

masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun 2 88

"Bagi saya, berpakaian di sini adalah tidak sesuai. Bersiar-siar dalam keadaan berbogel sudah tentu tidak sesuai dalam masyarakat normal namun disini, ia sangat selesa, seperti pakaian seragam," jelas Masafumi.

Setiap hari, Nagasaki akan membersihkan kemnya, cuba untuk mengelak daripada gigitan serangga dan menghabiskan masanya di bawah terik matahari. Malah, Masafumi ingin Pulau Sotobanari menjadi lokasi untuk dia menghembuskan nafas.

"Mencari tempat untuk mati adalah satu perkara yang perlu dilakukan, dan saya telah membuat keputusan di sini adalah tempat untuk saya. Tak pernah saya rasa betapa pentingnya untuk memilih tempat untuk mati, seperti sama ada di hospital atau di rumah. Tetapi mati di sini, dikelilingi oleh alam semulajadi, tak ada yang boleh kalahkannya, kan?"

Tindakan dan bantuan oleh kerajaan Jepun

masafumi nagasaki warga emas jepun yang tinggal bersendirian di pulau tak berpenghuni hampir 30 tahun 6 224

Pihak berkuasa telah melarang dia daripada meneruskan kehidupannya di situ disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Pihak berkuasa Jepun telah memaksa warga emas berusia 82 tahun ini untuk kembali hidup mengikut tamadun manusia selepas dia didapati "tidak sihat".

Ketika ini, pertapa ini dipindahkan ke sebuah rumah kerajaan yang terletak 60 kilometer dari pulau itu di bandar Ishigaki, selepas pihak berkuasa menyedari hal itu.

Masafumi juga tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali ke pulau itu walaupun selepas kesihatannya kembali pulih, kerana kehidupan pulaunya telah tamat.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)