Salah satu lokasi yang cukup unik di dunia, melibatkan dua buah pulau yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Dua buah pulau itu yang dinamakan sebagai 'Big Diomede' and 'Little Diomede' hanya mempunyai jarak 3.8 km yang memisahkan kedua-duanya. Ini bermakna, seandainya anda berdiri di mana-mana pulau, anda dapat melihat jirannya dengan mata kasar secara jelas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun demikian, jarak yang dekat tidak semestinya menandakan kedua-dua pulau itu berkongsi identiti yang sama. Kedua-dua buah pulau bukan saja dikuasai negara berbeza, malahan turut mempunyai perbezaan masa yang sangat ketara.

Penemuan pada tahun 1728

pekan diomede pemanasan global

Terletak di Selat Bering, kedudukan kedua-dua pulau adik beradik ini berada di antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia.

Dinamakan sempena Saint Diomede, tokoh ajaran Kristian yang aktif sekitar abad ke 4 di Greek, penemuannya berlaku pada abad ke 18 - lebih tepat lagi pada tahun 1728.

Vitus Bering, jurunavigasi lautan yang berkhidmat dengan tentera Russia menemui kedua-dua buah pulau tersebut pada 16 Ogos 1728 semasa hari memperingati jasa dan pengorbanan Saint Diomede kepada gerakan Gereja Ortodoks Russia.

Jadi Bering menamakan penemuan kedua-dua buah pulau sempena nama tokoh tersebut.

Dua pulau, dua negara berbeza

gambar satelit dua pulau diomede

Kedua-dua pulau dinamakan sedemikian rupa kerana perbezaan saiznya. 'Big Diomede' mempunyai saiz 8 km panjang sementara 'Little Diomede' pula tak sampai separuh daripada 'abangnya.'

Mempunyai permukaan yang bergunung-ganang dipercayai akibat aktiviti gunung berapi, puncak tertinggi kedua-dua pulau dianggarkan pada kadar 500 meter dari permukaan lautan.

Big Diomede dilapor mempunyai 5 penduduk tetap sementara Little Diomede pula mempunyai lebih kurang 135 penduduk, yang bergantung hidup dengan memburu walrus untuk dijadikan sumber daging mentah.

papan tanda di little diomede

Satu perkara yang perlu diperjelaskan - kedua-dua pulau berada dibawah kerajaan yang berbeza. 'Big Diomede' kini terletak dalam sempadan Russia sementara adiknya pula, adalah di bawah pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat.

Semua ini berpunca akibat 'Perang Dingin' yang tercetus di antara kedua-dua kerajaan bermula pada tahun 1947, memisahkan kedua-dua pulau menjadi entiti yang berbeza disebabkan garis sempadan yang dilakar semula.

Akhirnya, hubungan antara komuniti yang ada dikedua-dua pulau itu mula renggang disebabkan oleh pengaruh birokrasi.

Pulau esok, pulau semalam

little diomede island big bering strait

Satu lagi keunikan yang menjadikan lokasi ini sangat menarik, adalah perbezaan zon waktu yang telah ditetapkan ke atas kawasan tersebut.

Disebabkan oleh keperluan untuk menselarikan pentadbiran Little Diomede dengan Alaska, yang terletak di bawah pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat, Little Diomede diletakkan dalam zon waktu GMT -9 jam di bawah kiraan Alaska Daylight Time.

Sementara Big Diomede pula terletak dalam zon waktu GMT +12 jam di bawah kiraan Anadyr Standard Time yang diamalkan kerajaan Russia.

Perbezaan zon waktu yang ketara ini menyebabkan wujud jurang tarikh yang sangat berbeza antara kedua-dua pulau, mengakibatkan mereka tidak berkongsi hari yang sama - walaupun duduk bersebelahan.

tomorrow yesterday island diomede pulau

5 orang penduduk Big Diomede senantiasa berada 21 jam lebih cepat berbanding Little Diomede. Dalam erti kata lain, apabila penduduk Big Diomede memandang adiknya, mereka memandang semalam.

Sementara penduduk Little Diomede apabila melihat pulau abangnya, mereka sebenarnya sedang memandang esok.

Menjadi mangsa utama pemanasan global

little diomede pekan

Permukaan bumi yang sukar untuk didiami, tidak menjadi masalah bagi kesemua penduduk kedua-dua buah pulau untuk terus dijejaki.

Masalah utama penduduk di sini, mereka setiap tahun sedang tenggelam kerana suhu yang semakin meningkat - dianggarkan berlaku pada kadar 2 ke 6 cm setiap tahun berlalu.

Tahap pencairan ais yang dijadikan asas tempat tinggal mereka semakin pantas berlaku dan kini mereka semakin sukar mendapatkan bekalan bahan mentah. Walrus yang dulu datang berkawan-kawan kini semakin singkat tempoh kedatangannya.

Beruang kutub yang diburu untuk bermacam kegunaan, juga semakin sukar ditemui.

Tidak dapat dianggarkan berapa lama lagikah kedua-dua pulau akan dapat terus bertahan, seandainya situasi sama terus berlanjutan.

Rujukan

Climate change batters this Arctic island—can the community cope?




Hakcipta iluminasi.com (2017)