Ini adalah kisah mengenai seorang lelaki bernama Ho Van Lang, 47, yang digelar sebagai 'Tarzan sebenar'. Lang dan bapanya Ho Van Thanh, 88, telah menghabiskan masa selama 41 tahun tinggal di dalam hutan di daerah Tay Tra di wilayah Quang Ngai selepas melarikan diri dari Perang Vietnam.

Ho Van Lang aka "Tarzan Sebenar"

Kisah mereka kedengaran seperti sebuah filem Hollywood seperti Tarzan atau Mowgli. Pasangan anak beranak itu membina rumah di atas pokok, memakai pakaian daripada kulit kayu dan memburu haiwan liar untuk dijadikan makanan. Mereka berdua tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar atau manusia lain selama lebih empat dekad.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Thanh yang merupakan seorang veteran tentera telah memutuskan untuk melarikan diri dari kampungnya pada tahun 1972 bersama anaknya, Lang, yang ketika itu berusia hampir dua tahun setelah bom Amerika Syarikat membunuh isteri dan dua orang anaknya yang lain.

ho van lang real life tarzan sebenar

lang ketika ditemui penduduk tempatan

Lang ketika ditemui penduduk tempatan

Mereka telah ditemui oleh penduduk tempatan pada tahun 2013 dan kini cuba menyesuaikan diri zaman moden apabila tinggal di sebuah rumah berhampiran hutan.

Pada penghujung 2015, pengarah urusan Docastaway iaitu Alvaro Cerezo telah memilih untuk bertemu Lang dan bapanya. Dia ingin mengetahui bagaimana Lang dan bapanya mampu bertahan begitu lama hidup di hutan. Malah, Cerezo menghabiskan masa selama lima hari tinggal di hutan di mana Lang pernah tinggal.

alvaro cerezo bersama ho van lang

Alvaro Cerezo bersama Ho Van Lang

Cerezo menulis di dalam blognya bahawa Lang sebenarnya bersemangat dan teruja untuk kembali tinggal di hutan. Cerezo juga menyatakan bahawa, pada awalnya dia hanya berniat untuk mempelajari teknik survival daripada Lang.

Tanpa disedarinya, dia sebenarnya telah bertemu dengan seorang lelaki dengan perwatakan paling menarik pernah ditemuinya. Atas sebab itu, Cerezo memutuskan untuk lebih menikmati masa yang diluangkannya bersama 'tarzan sebenar' itu.

cerezo mempelajari teknik survival dari lang

Cerezo berkata Lang boleh bercakap sedikit bahasa ibundanya tetapi tidak tahu konsep masa selain waktu siang dan malam. Lang juga tidak tahu sumber tenaga lain selain api dan matahari.

Lang benar-benar tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar kecuali apa yang diceritakan oleh bapanya tentang kapal terbang yang sering terbang merentasi awan. Thanh telah mengehadkan banyak maklumat yang disampaikan kepada anaknya tentang dunia luar. Malah, Lang tidak mengetahui bahawa kaum wanita wujud di dunia.

tarzan sebenar di vietnam

Selama empat dekad, Lang dan Thanh tinggal di lima tempat berbeza tetapi di lembah gunung yang sama. Mereka membina rumah kayu yang terletak di atas pokok. Mereka minum air daripada sungai dan mempunyai diet pemakanan yang berbeza-beza.

Mereka biasanya memakan buah-buahan, sayur-sayuran, madu dan pelbagai jenis daging termasuk monyet, tikus, ular, cicak, katak, kelawar, burung dan ikan. Cerezo berkata, tiada bahagian haiwan yang dibazirkan Lang dan bapanya.

lang menangkap haiwan liar untuk dijadikan makanan

Pasangan anak beranak itu sentiasa membiarkan api yang mereka bina menyala. Mereka juga membuat pelbagai peralatan seperti peralatan untuk makan dan memasak dari bahan yang mereka temui dalam hutan.

Kehidupan mereka berdua dalam hutan berjalan lancar selama empat dekad sehinggalah kesihatan Thanh mula merosot. Disebabkan keadaan mental ayahnya yang semakin lemah, Lang menghabiskan beberapa tahun terakhirnya di hutan dalam keadaan tertekan dan bimbang.

thanh dan anaknya lang

Thanh dan anaknya Lang

Lang sentiasa berjaga pada waktu malam sekiranya bapanya memerlukan sesuatu atau sakit. Apabila Lang dan bapanya ditemui oleh penduduk kampung, mereka dibawa ke kampung berhampiran dengan menaiki kereta. Lang dan bapanya terkejut dengan kemodenan yang disaksikan mereka.

Pada waktu malam, Lang sangat teruja melihat cahaya yang dihasilkan daripada mentol lampu. Lang memberitahu penduduk kampung bahawa cahaya mentol itu adalah sesuatu yang amat luar biasa.

lang bersama bapanya yang semakin uzur

Lang menjaga bapanya yang semakin uzur

Buat pertama kalinya juga, Lang menonton televisyen sejak diceritakan oleh bapanya sewaktu dia masih muda. Dia diberitahu bahawa orang yang dilihatnya di dalam TV itu sebenarnya tidak berada 'dalam' kotak TV itu.

Walaupun Lang banyak didedahkan dengan teknologi moden di kampung tempat tinggalnya, dia masih tidak berapa faham mengenai peraturan sosial. Cerezo berkata bahawa Lang seperti seorang bayi. Dia sering meniru mimik muka dan suka main sembunyi-sembunyi.

lang menonton tv

Bagi Thanh pula, dia tidak dapat menyesuaikan diri di kampung itu dan ingin kembali semula hidup di hutan sama ada anaknya Lang ikut atau tidak. Manakala Lang pula gembira kerana semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya itu.

Rujukan:

1. Kisah Tarzan sebenar yang tinggal di hutan selama 41 tahun

2. Lelaki Vietnam tinggal di hutan selama 41 tahun

3. Hidup terasing dari tamadun moden setelah lari dari perang




Hakcipta iluminasi.com (2017)