Oleh pada 13 Jul 2019 kategori

kapal terbang yang berjaya dihidupkan semula glacier girl

Dalam alam semesta sinematik Marvel, Kapten Amerika menghabiskan 67 tahun terperangkap dalam ais glasier selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Kisah ini bukanlah tentang superhero fiksyen ini yang berhadapan dengan situasi getir, tetapi sesuatu yang sama menakjubkan iaitu tentang Glacier Girl, salah satu pesawat pejuang P-38yang paling terkenal di dunia.

Semasa Perang Dunia Kedua, kapal terbang pejuang dan pengebom dihasilkan di Amerika Utara dan kemudian diterbangkan ke Atlantik untuk bertempur di hadapan Eropah.

Ia adalah sebahagian daripada Operasi Bolero. Perancang operasi menjangkakan bahawa akan berlakunya kehilangan 10% dari pesawat yang melintasi Atlantik, tapi sebenarnya mereka hanya kehilangan 5.4% sahaja.

operasi bolero pada perang dunia kedua

Kehilangan terbesar dalam satu hari tunggal ketika berlangsungnya Operasi Bolero berlaku pada 15 Julai 1942.

Disebabkan oleh keadaan cuaca yang kurang baik dan penglihatan terhad, skuadron 6 pejuang P-38 dan 2 pengebom B-17 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di atas glasier di Greenland.

Ini membuatkan mereka tidak melengkapkan perjalanan mereka melintasi Atlantik.

Dianggarkan bahawa 1,300 orang mati setiap tahun di Amerika Syarikat akibat kemalangan kenderaan di jalan bersalji atau berais. salji, salji, atau turapan berais.

Pendaratan kecemasan tersebut dilakukan dengan selamat dan tiada nyawa yang melayang, yang mana merupakan sesautu yang agak menakjubkan.

p 38 lightning selepas pendaratan kemalangan

(Pesawat P-38 Lightning selepas melakukan pendaratan)

Namun, ia masih belum cukup hebat. Selepas pesawat-pesawat tersebut mendarat, mereka meninggalkannya dengan mengandaikan bahawa kesemua pesawat dibawa pulang melalui ekspedisi akan datang.

Harry Smith, juruterbang pesawat yang bakal dikenali sebagai Glacier Girl (pesawat dalam keadaan terbaik), meninggalkan kunci pesawat tersebut di kokpit untuk memudahkan pasukan yang akan membawanya pulang.

Para kru kemudian menghabiskan beberapa hari di glasier tersebut sehingga mereka disertai oleh pasukan penyelamat.

Berikutan ini, mereka mendaki ke tempat di mana bot penyelamat menjemput mereka. 

Glacier Girl mendapat namanya dari Roy Shoffner, seorang ahli perniagaan dari Kentucky yang memainkan peranan penting dalam merancang dan membiayai pemulihannya.

glasier di greenland

Untuk keseluruhan baki tempoh perang, tiada siapa yang kembali ke kawasan glasier tersebut untuk membawa pulang pesawat-pesawat yang tersadai namun lokasinya diketahui.

Beberapa dekad kemudian, sekumpulan peminat penerbangan kembali ke Greenland mencari pesawat pejuang yang hilang ini.

Mereka mengambil masa yang agak lama kerana pesawat-pesawat tersebut telah hanyut kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi asal. Akhirnya pesawat-pesawat tersebut berjaya ditemui, namun mereka berhadapan dengan masalah.

Masalah tersebut adalah pesawat-pesawat itu tertanam di bawah ais setinggi 27 tingkat.

pasukan pemulihan menurunkan kru ke bawah ais

(Kru pemulihan Glacier Girl menuruni ais sedalam 82 meter)

Dan seperti yang anda bayangkan, mereka tidak mampu untuk mengorek ais dan salji sedalam 82 meter ini menggunakan penyodok salji biasa.

Cabaran ini menyebabkan kebimbangan besar bagi ekspedisi menyelamat ini, tetapi mereka tetap yakin menyelesaikan masalah tersebut dengan kreativiti dan beberapa ciptaan yang sangat menarik.

Salah satu daripada ciptaan tersebut adalah "Super Gopher", sebuah peranti yang mengepam air panas melalui kon untuk mencairkan ais. 

Walau bagaimanapun, jumlah ais yang sangat banyak dan berat telah meremukkan pesawat pengebom B-17, tetapi pesawat P-38 masih utuh.

Setelah ekspedisi ini berjaya mengorek ais ke bahagian bawah, mereka membina sebuah lorong seperti gua yang membawa mereka ke lokasi pesawat tersebut.

anggota pemulihan membuka bahagian glacier girl 3

anggota pemulihan membuka bahagian glacier girl

anggota pemulihan membuka bahagian glacier girl 2

(Glacier Girl dipisahkan kepada beberapa bahagian dan dibawa naik ke permukaan satu demi satu)

Mereka kemudiannya memisahkan bahagian pesawat yang dipandu juruterbang Harry Smith itu dan membawa satu demi satu daripadanya tersebut ke permukaan.

Antara fakta menarik tentang ekspedisi ini adalah: 

  • Untuk turun ke bawah, mereka memerlukan 20 minit menggunakan aci bersaiz 4 kaki.
  • Setiap bahagian pesawat dibawa ke permukaan melalui laluan yang sama
  • Pemulihan Glacier Girl didokumentasikan dalam rancangan "Movers Mega" dalam Channel History
  • Bahagian terakhir pesawat (Bahagian tengah seberat 3 tan) telah dibawa naik pada 1 Ogos, 1992, 50 tahun selepas ia mula mendarat di atas ais

glacier girl berjaya diterbangkan semula selepas 50 tahun tertimbus dalam ais

Selepas mengambil masa selama 10 tahun untuk memulihkan pesawat ini, akhirnya berjaya diterbangkan semula pada tahun 2002 selepas 50 tahun berada di bawah ais. 

Amat sukar untuk mengatakan yang mana satu lebih menakjubkan sama ada hakikat bahawa ia berjaya dipulihkan dan terbang semula, atau usaha keras pihak ekspedisi yang membawanya pulang dari timbunan ais tersebut.

Rujukan:

1. Glacier Girl

2. Lewis Air Legends

3. Air Space Mag



Hakcipta iluminasi.com (2017)