haida mangsa penyingkiran gv4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Penyanyi Haida menjadi mangsa segmen penyingkiran Konsert Gegar Vaganza keempat (GV4) minggu keempat malam tadi, di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Haida yang mempertaruhkan lagu Memori Daun Pisang, duet bersama Ezad Lazim terpaksa akur dengan markah terendah yang diperoleh sebanyak 53.2 peratus daripada juri profesional, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah selaku juri undangan.

"Lagunya bagus, namun semasa nyanyian duet tiada harmoni dan seperti tak ada keserasian. Nampak tak lengkap, ini adalah pertandingan!," kritik Hetty usai persembahan Haida.

Penilaian adalah 100 peratus di tangan juri profesional.

Dalam konsert bertemakan 'Berdua Lebih Baik' itu mencabar para peserta menyanyikan lagu duet bersama penyanyi jemputan.

Sementara itu, Elyana yang mempertaruhkan lagu Aku Yang Tersakiti, duet bersama Aepul Drama Band dinobatkan Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Sembilan penyanyi berjaya meneruskan persaingan di minggu hadapan iaitu Aqasha, Firman, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Elyana, Liza Hanim dan Syura.

Konsert GV4 yang dikemudi oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Juara GV musim ini mendapat ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti naib juara bakal membawa pulang wang tunai RM50,000. Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing menerima RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)