Oleh pada 27 Jul 2017 kategori

maklumat ujian darah bocor siti nurhaliza kini hamil 1

Kredit foto: lipstiq.com

Peminat dunia hiburan dikejutkan dengan penularan maklumat ujian darah yang kononnya milik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Mengikut keputusan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sampel atas nama “Siti Nurhaliza Taruddin” tersebut mendapati beliau kini telah hamil antara empat dan lima minggu.

Tidak diketahui adakah nama Siti Nurhaliza Taruddin itu merujuk kepada penyanyi Siti atau individu lain yang mempunyai nama yang sama.

maklumat ujian darah bocor siti nurhaliza kini hamil 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Meskipun tiada pengesahan dibuat oleh pihak Siti buat masa ini, para peminat kelihatan begitu teruja sehingga akaun laman sosial Siti dibanjiri dengan ucapan tahniah.

Pada masa yang sama, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dalam sebuah kenyataan terbaru bersama akhbar Kosmo berharap agak semua pihak berhenti membuat spekulasi berkaitan berita tersebut.

maklumat ujian darah bocor siti nurhaliza kini hamil 3

Kredit foto: lipstiq.com

Menurut Khalid, dirinya dan Siti sememangnya berharap untuk memiliki anak dalam perkahwinan yang sudahpun menjangkau usia 11 tahun itu. Justeru, beliau menyeru para peminat untuk sama-sama mendoakan agar hasrat mereka suami isteri termakbul.

Apapun sama-sama kita doakan agar Siti dimurahkan rezeki untuk dikurniakan anak dan dalam pada itu, kita nantikan sahaja pengesahan daripada Siti tentang berita kehamilannya ini.  


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)