Oleh pada 01 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Ramai sedia maklum dengan berita kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dihebahkan sebelum ini.

Meskipun hanyalah dakwaan berdasarkan bukti ujian pemeriksaan doktor yang tersebar, rata-rata netizen beranggapan spekulasi itu adalah benar kerana pihak Siti sendiri tidak membuat penafian mahupun mengiyakan berita berkenaan.

Terbaru, penyanyi lagu Segala Perasaaan itu memuat naik beberapa keping foto di laman Instagramnya yang memaparkan kunjungan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang mencemar duli ke rumahnya baru-baru ini.

Perkongsian gambar-gambar itu mendapat perhatian kerana kebanyakan netizen dapat melihat "baby bump" Siti yang kelihatan begitu jelas.

Hebat betul mata peminat penyanyi kesayangan negara ini dalam meneliti sehingga ke setiap perincian tubuhnya.

Apapun, jika benarlah dakwaan yang bertiup kencang ini, kami mengucapkan tahniah dan berharap semoga proses kehamilan Siti kali ini akan berjalan dengan lancar sehingga ke hari kelahiran.

Menerusi ruangan komen Instagramnya telahpun dibanjiri dengan ucapan tahniah peminat yang tidak sabar melihat kelahiran cahaya mata sulung penyanyi itu.

ini lagi bukti siti nurhaliza sedang hamil 2

ini lagi bukti siti nurhaliza sedang hamil 3

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza




Hakcipta iluminasi.com (2017)