Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Akhirnya pasangan suami isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendedahkan nama sebenar anak sulung mereka, seminggu selepas hari kelahirannya.

Bayi berjantina perempuan itu dinamakan Siti Aafiyah bersempena makna 'Segala-gala Maksud Yang Baik'.

Menurut Siti, nama itu diilhamkan ketika beliau melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci Kota Mekah pada tahun lalu.

akhirnya siti nurhaliza dedah nama anak 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

"Ia bermula sebelum saya hamil lagi dan mula mencari nama yang sesuai.

"Saya juga dapati nama itu sering menjadi sebutan di dalam doa yang menjadi amalan sehingga akhirnya menjadi pencetus kenapa saya memilih nama tersebut.

"Alhamdulillah ALLAH memberi nikmat pada saya. Saya bersyukur kerana ini adalah satu anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya," katanya menurut portal Sinar Harian, dalam sesi pengumuman yang dibuat sejurus selesainya majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah Siti Aafiyah, malam tadi.

akhirnya siti nurhaliza dedah nama anak3

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Sebelum ini, Siti meminta netizen memanggil anaknya dengan nama panggilan sementara, Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Siti Aafiyah dilahirkan dengan berat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 8.17 pagi, 19 Mac lalu.

Peminat turut berpeluang menyaksikan upacara pengumuman nama anak Siti itu yang ditayangkan secara langsung melalui saluran Siti Official Video di laman YouTube.

Majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah Siti Aafiyah berkenaan disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.

akhirnya siti nurhaliza dedah nama anak 4 439

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Terdahulu, Siti melunaskan janji kepada peminat dengan menayangkan wajah anaknya menerusi kiriman foto dan video di akaun Instagram peribadinya, lewat petang semalam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)