Kredit foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza
Menerusi kiriman terbaru Instagram Datuk Siti Nurhaliza, beliau berkongsi sekeping foto yang memaparkan perasaannya bersama suami, Dato' Sri Khalid Mohd Jiwa selepas mengetahui keputusan perlawanan Piala FA yang berlangsung Sabtu lalu.
Dalam foto yang menarik perhatian ramai itu, Siti kelihatan sedang menangis dan bersedih sambil suaminya di sisi pula tersenyum riang.
Kredit foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza
Ini berikutan sebelum berlangsungnya Piala FA, Siti terlebih dahulu menyatakan pendiriannya yang menyokong pasukan Pahang, manakala Datuk K pula berpihak kepada pasukan Kedah.
Tinjauan kami menerusi ruangan komen mendapati rata-rata para pengikut menuntut Siti untuk menunaikan janjinya - yang akan menyanyikan lagu Hang Pi Mana (dendangan asal Khalifah) sekiranya Pahang kalah.
Tidak ketinggalan ada juga netizen yang melahirkan perasaan kagum dengan telatah pasangan suami isteri tersebut, dan menyifatkan mereka sebagai pasangan yang sweet!
Terdahulu, Pasukan Pahang tewas dengan jaringan 2-3 menentang Kedah pada perlawanan Piala FA yang berlangsung Sabtu lalu.
Kredit foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza