siti nurhaliza berkerusi roda tarik perhatian 1

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik video dirinya ditolak dengan kerusi roda oleh suami, Datuk Seri Khalid, lantas menarik perhatian para pengikut.

Dalam video yang dikongsi di laman Instagram itu, penyanyi berusia 38 tahun ini yang sudah hamil lima bulan mengakui sudah tidak mampu berjalan jauh.

Rakaman itu memperlihatkan mereka seakan berada di sebuah pusat membeli-belah.

siti nurhaliza berkerusi roda tarik perhatian 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

"Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda... #suamipecutmacamferrarri," tulis Siti di kapsyen.

Sehingga kini video itu meraih hampir 900 ribu tontonan, disertai lebih tiga ribu komen para peminat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dilalui Siti, malah ada juga berkongsi pengalaman yang sama.

"Sama macam saya dulu. Mengandung cepat mengah sampai suami pimpin. Nak pakai baju pun semput.

"Semua itu pembawakan bukan mengada. Faham sangat tengok @ctdk kena bawa naik kerusi roda," respon Ratuezza91.

Pada masa yang sama, mereka mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti bersama bayi yang dikandung.

Terdahulu, penyanyi nombor satu negara itu hadir dengan berita yang menamatkan spekulasi kehamilannya, apabila mengumumkan sedang mengandung empat bulan - selepas penantian 11 tahun usia perkahwinannya.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)