Oleh pada 28 Feb 2018 kategori

Gambar sekadar hiasan

Mahkamah Persekutuan Kuching semalam menolak rayuan 4 individu yang mahu murtad, dengan memutuskan Mahkamah Syariah Sarawak memiliki bidang kuasa berkaitan kes murtad.

Sejumlah 5 hakim iaitu Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan yang membuat keputusan berkenaan.

4 individu itu yang diwakili peguam Joshua Baru memberitahu, tindakan selanjutnya bergantung kepada kesemua perayu itu bagi meneruskan rayuan atau sebaliknya.

"Jika mereka mahu meneruskan kes itu, mereka perlu membawanya ke Mahkamah Syariah," ujarnya.

Meskipun Mahkamah Syariah Negeri tiada peruntukan dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001 tentang kes murtad, namun ianya memiliki bidang kuasa secara tersirat.

3 daripada perayu, Mohd Syafiq Abdullah @ Tiong Choo Ting, Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah dan Salina Abdullah telah memeluk Islam bagi tujuan perkahwinan.

Namun, Syarifah Nooraffyzza Wan Hose murtad mengikut teman lelaki, manakala Nur Muzdhalifah dan Salina pulang ke agama Kristian setelah masing-masing berpisah pada tahun 2006 dan 2010. 

Mohd Syafiq juga pulang kepada agama Kristian setelah isterinya meninggal dunia pada tahun 2007. 

Dalam pada itu, kes keempat membabitkan Syarifah Nooraffyzza Wan Hose, yang dilahirkan sebagai Muslim murtad pada tahun 2009.

Sumber berita: Kosmo Online & Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)