Oleh pada 18 Feb 2018 kategori

Sumber foto: pnnpress.com (Gambar sekadar hiasan)

Seorang wanita dipercayai meninggal dunia setelah didapati tidak sedarkan diri dalam sebuah kediaman teres di Taman BDC, Kolombong di Kota Kinabalu malam kelmarin.

Menerusi insiden sekitar jam 9 malam itu, Saimah Mantogu (38 tahun) dijumpai dalam keadaan tergantung oleh kekasihnya lalu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi tindakan lanjut.

Menurut Asisten Komisioner M. Chandra selaku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ketika wanita itu sampai di wad kecemasan pada jam 9.46 malam, seorang pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa telah menemui ajal.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa dipercayai akibat menggantung diri.

“Sehubungan itu, pegawai perubatan tersebut segera membuat laporan polis,” ujarnya semalam.

Jelas Chandra, menurut siasatan awal, kes itu tidak menunjukkan terdapatnya apa-apa unsur jenayah.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca mangsa membunuh diri,” terangnya.

Semalam, mayat mangsa dilaporkan sedang berada di hospital terbabit bagi tujuan proses bedah siasat dan kes disifatkan sebagai mati mengejut. 

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)