maher zain pelik sikap malaysian 23

Kisahnya berlaku sekitar tahun 2011. Masa tu video muzik lagu I Believe nyanyian Irfan Makki feat Maher Zain baru release. Kebetulan dalam klip berkenaan Maher Zain pakai seluar pendek. Walaupun masih menutupi lutut, namun ianya tidak dapat menghalang bahagian berkenaan terlihat saat mencangkung di tepi sungai untuk membasuh muka. 

Gegak gempita page Maher Zain Malaysian Fan Club dengan komen rakyat Malaysia. Masing-masing mengeluarkan hukum Maher Zain adalah pendosa kerana telah menunjukkan auratnya.

Maher Zain maklum akan hal ini. Beliau sebut pada aku yang beliau hairan dengan sikap kita mendepani isu berkenaan. Seolah-olah tidak tahu menahu mazhab yang lain dalam soal aurat.

Itu satu. Kes yang kedua saat Erdogan dan isteri hadir ke Malaysia. Kalau kau orang ingat, ada satu gambar di Putrajaya menggabungkan Najib Razak dan isteri, juga Erdogan dan suri hatinya.

Ada yang beri komen, cuba lihat perbezaan isteri PM Malaysia dengan PM Turki (ketika itu masih Perdana Menteri). Seorang menutup aurat, seorang kembang semangkuk rambutnya.

Namun ada yang membalas komen berkenaan begini : Siapa kata isteri Erdogan tutup aurat? Tengok tudungnya. Tak dilabuhkan menutup dada. Dia masukkan tudung dalam baju yang dipakai.

Kawan-kawan yang baik hati, sehari dua ini kecoh netizen membicarakan soal aurat lelaki. Masing-masing mengkritik hujah Dr Rora dan Mufti KL.

Siap ada yang sinis memberi komen, kalau macam tu, bolehlah kan lelaki pakai boxer masa solat. Astaghfirullah Al Adzim.

Saya tak tahu mengapa netizen kita sebegini. Lebih malang lagi, ianya menjadi bahan lawak sesama Asatizah. Masing-masing sibuk menyindir.

Jelas dari penerangan Rora dan Dr Zul Bakri, aurat mengikut uruf setempat dan mazhab. Kenapa sukar sangat untuk kita raikan?

Jika di negara lain, wanita yang solat memakai seluar jeans, tudung tak menutupi dada pun, tapi bagi mereka ia sudah menutup aurat.

Sama juga di Turki. Wanita di sana memang memakai tudung sebegitu. Ia dimasukkan ke dalam pakaian mereka sendiri. Mengikut uruf setempat, ia sudah menutup aurat dan sah untuk dipakai ketika solat.

Jika di sini, Malaysia dilihat aurat dari kacamata Mazhab Syafie, maka kita ikutlah sahaja. Ia mengikut keadaan di Malaysia.

Moga anak kita, generasi masa depan lebih terbuka akan permasalahan seperti ini. Bukan untuk menjadi liberal, tetapi untuk membuka minda betapa indahnya Islam mendepani fiqh yang berbeza tempat dan negara.

Nota Editor : Kisah pandangan Maher Zain ini diceritakan sendiri oleh saudara Fairuz ketika menguruskan kelab peminat Maher Zain


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)