Oleh pada 31 Dec 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Danial Zaini

         

Penyanyi Danial Zaini yang meledak menerusi lagu Siti Bilang Cuti, meluahkan rasa syukur atas penerimaan ramai terhadap single sulungnya itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana lagu ini mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai," katanya kepada Astro Gempak.

Danial, 25, berkata dia bagaimanapun tidak terasa hati apabila segelintir pihak melabelkan lagu berentak rancak ciptaan ahli kumpulan Khalifah itu sebagai lagu kampung.

lirik siti bilang cuti danial zaini 2

Kredit foto: Instagram Danial Zaini

            

"Namun ada juga yang kata lagu ini macam lagu kampung, tapi bagi saya muzik ini sebenarnya luas dan penerimaan setiap orang itu adalah berbeza," katanya.

Menurutnya, citarasa para pendengar juga berlainan, namun genrenya itu ternyata mempunyai tempat tersendiri di kalangan majoriti peminat kerana muzik yang disifatkan sebagai mesra pendengar.

"Ada suka genre macam ini ada juga suka genre lain tapi bagi saya dalam lagu Siti Bilang Cuti ini adalah lagu yang dekat dengan hati pendengar," katanya.

Dalam pada itu, di sebalik kritikan, beliau tidak mengambil serius, apatah lagi pencapaian video muzik lagu ciptaan Harry Khalifah dan lirik oleh Peter Parker itu pernah berada di kedudukan teratas carta trending Youtube Malaysia, baru-baru ini.

"Bagi saya perkara itu bukannya masalah besar pun kerana lagu kampung pun trending no.1 di YouTube," seloroh penyanyi yang juga pelawak ini.

Sejak dikongsi pada 13 Disember lalu, Siti Bilang Cuti meraih lebih dua juta tontonan dan masih tersenarai di carta trending YouTube.

Lirik

Penyanyi: Danial Zaini

Lagu: Siti Bilang Cuti

Komposer: Harry Khalifah

Lirik: Peter Parker

        

Ini kisah cinta hatiku

Seorang jururawat

Senyuman manis

Wajah ayu dan menawan

         

Lirikan matanya yang manja

Buat aku tergoda

Terbayang wajah

Kau setiap masa

        

Sekali ku katakan cinta

Selamanya setia

Ku berjanji bersumpah

Takkan ku mendua

         

Setelah lama tak berjumpa

Rasa rindu membara

Marilah kita

Keluar bersama

           

Siti bilang

Siti bilang

Siti bilang dia mau cuti

           

Rasa rindu

Rasa sayang

Sudah lagi tak tertahan

             

Siti bilang

Siti bilang

Siti bilang dia mau cuti

           

Rasa rindu

Bergelora

Agar terubat resah hati cintaku

           

Siti bilang

Siti bilang

Siti bilang dia mau cuti

            

Demi abang

Demi sayang

Kau penenang jiwa rindu

             

Siti bilang cuti

Siti bilang cuti

             

Oh siti

I love you

           




Hakcipta iluminasi.com (2017)