Oleh pada 20 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @floor88band

Lirik

Janji manismu

Semua dusta

Tak mampu aku

Untuk percaya

       

Dengan dirimu lagi

Sukarnya untuk ku terima

     

Kenangan lalu

Bersama dengan dirimu

Hanya bahagia seketika

      

Maafkan aku

      

lirik lagu janji si pendusta floor 88 2

Kredit foto: Instagram @floor88band

      

Kenali Anggota Floor 88

  • Ayie selaku vokalis merupakan pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah. Selain 'Ayie', beliau turut mesra disapa Ayie Elham. Berasal dari Sabah, jejaka yang lahir pada 7 Julai 1997 ini kini berusia 22 tahun dan menuntut di ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan).
  • Achoi bertindak selaku gitaris utama yang juga pengasas kumpulan. Nama penuhnya, Zai Hamzah, namun lebih dikenali sebagai Achoi atau Zai. Lahir pada 10 Julai 1991, kini berumur 28 tahun.
  • Falique atau nama lengkapnya, Muhammad Falikh Ghazali, 31, memegang peranan sebagai pemain bes. Kelahiran 20 Oktober 1988.
  • Muhamed Eric Muhamed Fuzi yang lebih dikenali sebagai Eric Puzi merupakan pemain keyboard. Lahir pada 15 September 1992, kini berusia 27 tahun.
  • Pemain dram, Akram atau Muhammad Akram Kadir, 29, kelahiran 12 Februari 1990.
  • Manakala, Amir, pemain gitar yang nama lahirnya, Amirul Affeq Mohd. Fuaad, kini berusia 28 tahun.

        

Fakta Menarik

  • Mula ditubuhkan sejak tahun 2009.
  • Merupakan bekas peserta Battle Of The Band iaitu pertandingan muzik berkumpulan yang disertai band daripada seluruh Malaysia.
  • Sebelum menikmati kejayaan di arus perdana menerusi single Zalikha dan Aqilah, Floor 88 bermula dengan konsep indipendent (indie) menerusi dua lagu yang kurang diketahui umum iaitu Janji Si Pendusta dan Ku Ingin.

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Azhan.co

3. Instagram @floor88band




Hakcipta iluminasi.com (2017)