Oleh pada 15 May 2019 kategori

Kredit foto: Map Music

Lirik

Lagu: Cinta Kita

Penyanyi: Projector Band

Komposer: Razif

Lirik: Puyu

       

Aku seorang lelaki

Ku mahu dicintai

Sepenuh hatimu

Tuk diriku

          

Dan aku tak mahu kehilanganmu

Tak mahu kau curiga dengan cintaku ini

Kan ku pastikan kau bahagia

       

Percaya percayakan diriku

Jangan kau bilang ku tak cinta dirimu

Dengarkan apa yang ku ingin katakan padamu

       

Cinta kan ku pastikan kau bahagia bersamaku

Kan ku berjanji padamu kan setia selalu

Takkan pernah sekali ku menduakan kamu

         

Cinta kadang kala ada gembira ada sedihnya

Kadangkala kita berdua ada sengketa

Begitu banyaknya dugaan yang melanda cinta kita

       

Kerna kamu

Bila ku kenal ku tahu erti merindu

Makin hari makin mencuba

Untuk menjadi seorang penghibur hatimu

Terimalah bunga bidadariku

       

Lalalalalalalalala

Benar ku cintakanmu

Lalalalalalalalala

Memang benar aku sayang padamu

Lalalalalalalalala

Ini kisah kisah cinta kita

Lalalalalalalalala

      

Kredit video: Youtube Map Music

Info

  • Cinta Kita merupakan single ketujuh Projector Band.
  • Menjadi kesinambungan single ketiga mereka, Aishah yang pernah meletup sekitar dua tahun lalu.
  • Video muzik rasmi lagu ciptaan Razif dan lirik oleh Puyu ini cepat menangkap perhatian pelayar Youtube apabila meraih hampir 200,000 tontonan sejak dimuat naik 11 Mei lalu.
  • Ketiadaan Eddy atau nama sebenarnya, Razif Zainuddin dalam rakaman kali ini kerana gitaris itu direhatkan seketika berikutan menjaga ibunya yang sakit. Tempatnya digantikan Zainal atau Zainal Amir Hamzah yang menyertai Projector Band sejak Mac lalu.
  • Dalam perkembangan lain, Projector Band bakal muncul dengan sebuah lagu raya berkonsepkan ketuhanan berjudul Rakan Teman Aidilfitri hasil ciptaan Puyu, lirik tulisan Johari Teh.
  • Terdahulu, mereka pernah menerbitkan sebuah lagu raya menggunakan melodi asal lagu Sudah Ku Tahu.
  • Projector Band kini dianggotai Iskandar Zulkarnain Shafin, 26, selaku vokalis; Muhammad Safiq Zainuddin, 25, (pemain dram); Razif Zainuddin, 27, (gitaris); Zainal Amir Hamzah, 24, (gitaris kedua) dan Ahmad Khusairi Shaferi, 29, (pemain bes).
  • Lain-lain lagu popular mereka seperti Meskipun Kau Tahu, Aishah, Setia Menantimu dan Pasti Ada Kamu.

        

lirik lagu cinta kita projector band 2

Kredit foto: Youtube Map Music

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)