Oleh pada 18 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ukays

                 

Lagu yang dianggap ketinggalan zaman dan 'kekampungan' ternyata terus menduduki kedudukan teratas citarasa pilihan pendengar Malaysia.

Untuk lagu berentak balada kini kembali terarah ke era muzik 1990-an yakni lagu-lagu berentak 'rock kapak' dan 'tangkap leleh'.

Manakala melodi bertempo rancak mengenengahkan rentak 'catchy' sebagai acuan, sekaligus mudah diingati dan menjadi siulan ramai.

Itulah barangkali identiti muzik Melayu sebenar yang dikatakan telah membantutkan evolusi karya tempatan lewat ini.

Para pendengar melayu mengatakan irama sedemikian lebih mempunyai jiwa berbanding kemajuan muzik dalam material lagu-lagu moden yang bersifat teknikal. 

lirik lagu i love you i miss you ukays 2

Kredit foto: Instagram Ukays

Hakikat itu barangkali menjadi inspirasi buat kumpulan Ukays kembali mewarnai dunia hiburan tanah air menerusi buah tangan terbaharu berjudul 'I Love You I Miss You'. 

Ia ternyata mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan pendengar lagu tempatan apabila hanya pada hari pertama lagu ini dilancarkan di laman Youtube telahpun mengumpul puluhan ribu tontonan (update: selepas 3 hari, hampir 300,000 tontonan dan telahpun menduduki carta trending Youtube!).

Sambutan dijangka terus meningkat seiring populariti yang bakal diraih selepas promosi di corong-corong radio kelak.

Berikut kami kongsikan lirik lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amy Ukays ini yang baru sahaja dilancarkan beberapa jam lalu. 

Lirik

Kali pertamaku bertentang mata

Kali keduaku memendam rasa kepadanya

Kali ketigaku rindu padanya

Kali keempat aku jatuh cinta

                         

Siang dan malam ku terbayang-bayang

Hati tak tenang asyik memikirkan kau seorang

Mandi tak basah tidurku tak lena

Kerna kau saja gadis yang ku puja

                          

Oh baby oh sayang oh kasih

Sungguh aku cinta kamu

Oh kasih oh baby oh sayang

Sungguh aku sayang kamu

                          

Oh baby oh sayang oh kasih

Cintaku hanya untukmu

Ku akan menjaga mu sehingga akhir hayatku

Oh kasihku

                          

I love you aku sayang kamu

I miss you aku rindu kamu

I hate you jangan benci aku

Cinta kasihmu hanya untukmu

                          

I love you aku sayang kamu

I miss you aku rindu kamu

I hate you jangan tinggal daku

Sampai mati ku setia padamu




Hakcipta iluminasi.com (2017)