Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @ukays_online

     

Lagu: Terpaksa Ku Lepaskan

Penyanyi: Ukays

Komposer: Amy Ukays

Lirik: Amy Ukays

    

Tak dapat ku lupakan kenangan kita

Saat bahagia di ketika bersama

Engkau dan aku berjanji kan setia

Sehingga ke penghujungnya

    

Tergamak engkau melukakan hati ku

Di saat aku memerlukan kasihmu

Oh sampainya hatimu

Meninggalkan diriku

      

Menyesalnya diriku menyintai dirimu

Dengan setulus hatiku

Kini engkau bahagia berdua bersamanya

Sedangkan aku yang sengsara derita

    

Oh sayangku

Sejujurnya aku tak bisa lepaskanmu

Karna ku masih menyayangi dirimu

Cinta kasihku hanya untukmu

   

Dan tak sanggup aku

Untuk kali ini ku kehilanganmu

Tak termampu untukku melepaskanmu

Jangan kau pergi tinggalkan aku sayang

     

Aku merelakan demi kebahagiaanmu

Ku korbankan cintaku untukmu

Terpaksa ku lepaskan

Terpaksa ku tinggalkan

Dirimu oh sayang

    

Terpaksa ku tinggalkan

Terpaksa ku lepaskan

Selamat tinggal sayang

      

Kredit video: Youtube Rusa Music

     

Info

  • Ukays dianggotai Muhamad Afiq Faiz Amir sebagai pemain gitar, Ahmad Fauzi Mat Saad (pemain bes), Mohamad Ali Ripin (pemain dram) dan Azmi Hassan atau Amy (pemain keyboard) yang juga bertindak selaku ketua kumpulan.
  • Tidak mempunyai vokalis tetap, sebelum ini Ukays pernah menggunakan khidmat Abdul Hadi Abdul Hamid atau Ady sebagai penyanyi jemputan, manakala terkini Muhammad Zakir Roslan atau Acik terpilih sebagai vokalis undangan.
  • Selain Terpaksa Ku Lepaskan, antara lain mereka pernah meletup menerusi lagu I Love You I Miss You, Hanya Kasih dan Ku Relakan Kau Pergi
  • Sebelum ini, percaturan Ukays menerusi I Love You I Miss You ternyata 'menjadi' apabila video muzik single itu sohor di laman Youtube dengan sehingga kini mencecah lebih 20 juta tontonan.
  • Dalam perkembangan lain, mereka sibuk mempromosikan rakaman terbaru lagu dan video muzik Terpaksa Ku Lepaskan yang menduduki carta trending Youtube dengan catatan angka tontonan terkini menghampiri 700,000.

       

lirik lagu terpaksa ku lepaskan ukays 2

Kredit foto: Instagram @ukays_online

    

Sumber:

1. Harian Metro

2. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)