Oleh pada 26 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Youtube WarnerMusicMalaysia

Maklumat lagu

Penerbit dan komposer: Omar K dan John Jeevasingam 

Penulis lirik: Altimet

Susunan: John Jeevasingam

Mix: John Jeevasingam @ Paranormal Studios

lirik lagu bunga oleh altimet 1

Kredit foto: Instagram @altimet

Lirik

[Intro]

Haa!

[Verse 1]

Pening kepala, takde duit belanja

Kecewa kerana orang lain shopping selamba

Nak merasa, nak join sekali bersama

Mereka-mereka yang viral trending semasa

Nak apa yang dia ada

Aku nak orang berkata:

"Ada gaya Subang Jaya, hari-hari hari raya ahh?"

Tak sanggup tunggu lama

Takde duit, takde masa

Aku jumpa satu brader

Tanya cam mana, dia berkata

[Pre-Chorus]

Hey, isi ini borang

Keluar wang berkoyan

Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)

Mohon terus lulus

Tandatangan terus

Siapa taknak berlambak fulus

[Chorus]

Bagai bulan jatuh ke riba

Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga

Jatuh bulan kan ada riba

Nah duit, nah duit, sertakan bunga

Jangan sampai kena sita

Takde duit untuk bayar bunga

Sampai boleh naik gila

Rumah takde taman, masih ada bunga

[Verse 2]

Yeahhh man!

Serba satu, semua serba baru

Kalau tak, tak laku, mereka semua cerca aku

Ramai kawan baru, that's my Insta fam

Semua laju, post pasal baju kat Instagram

Bimmer 3 liter, kopi mahal, kafe hipster

Bukan penglipurlara, tapi tiada gebang bila cerita (woo)

Putih mata, lupakan kisah lama

Kalau nak lagi jumpa itu brader dia berkata

[Pre-Chorus]

Hey, isi ini borang

Keluar wang berkoyan

Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)

Mohon terus lulus

Tandatangan terus

Siapa taknak berlambak fulus

Pinjam je lagi!

[Chorus]

Bagai bulan jatuh ke riba

Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga

Jatuh bulan kan ada riba

Nah duit, nah duit, sertakan bunga

Jangan sampai kena sita

Takde duit untuk bayar bunga

Sampai boleh naik gila

Rumah takde taman, masih ada bunga

[Bridge]

Hehehehehehe

Bayaran tak cantik tolong bagi balik

Tanya baik-baik sebelum ditarik

Bulan ni dah lambat, tolong bagi cepat

Engkau dah terjerat, terikat ketat (hah)

Mana mahu lari, jangan kecik hati

Janji tetap janji, perempuan atau laki

Tunggak punya tunggak, pokok dan baki

Bunga tanam sekali, hutang sampai mati

[Chorus]

Bagai bulan jatuh ke riba

Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga

Jatuh bulan kan ada riba

Nah duit, nah duit, sertakan bunga

Jangan sampai kena sita

Takde duit untuk bayar bunga (takde)

Sampai boleh naik gila

Rumah takde taman, masih ada bunga

[Outro]

Hehehehehehe

Kredit:

1. Youtube WarnerMusicMalaysia

2. Youtube JacQue Hunter

Penafian: Kami tidak menyediakan pautan muat turun lagu ini. Semua lirik lagu di laman web ini adalah hak cipta dan hak milik komposer, penulis, penyanyi dan label muzik yang terbabit. Bahan ini adalah untuk tujuan promosi dan penilaian sahaja.




Hakcipta iluminasi.com (2017)