Pengacara Linda Onn memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Linda melahirkan kesyukuran kerana beroleh 'orang baharu' dalam rumah tangganya. 

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram.

"Buat semua peminat dan sahabat Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan kamu semua. Perkara terbaik dalam hidup saya. Nantikan 'LO junior'.. akan datang!! Syukur Alhamdulillah," tulisnya diakhiri hashtag #pregnant #LOjunior.

Gambar yang disertakan bersama entri itu jelas menampakkan perut Linda sedang membesar.

linda onn hamil 2

Rata-rata peminat menerusi ruangan komen mengucapkan tahniah dan turut berkongsi rasa gembira. 

Linda dan suami, Ungku Azhar berkahwin pada Disember 2013.

Kredit foto: Instagram Linda Onn

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)