Kredit foto: Instagram Linda Onn

Penyampai radio, Linda Onn melahirkan anak sulung pada petang Sabtu.

Berita itu dihebahkan Linda dalam kapsyen di Instagram yang turut disertakan dengan foto beliau bersama bayi comelnya.

"LO junior. Alhamdulillah," tulisnya ringkas.

Rakan artis dan para pengikut mengambil kesempatan itu untuk merakamkan ucapan tahniah sekaligus melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran bayinya berjalan dengan selamat.

Terdahulu iaitu sejam sebelum kiriman tersebut dimuatnaik, Linda menayangkan kiriman foto yang memperlihatkan keadaan dirinya sebelum bersalin.

Isteri kepada Ungku Azhar ini mengulas di kapsyen, "Akan merindui saat ini. Momen ketika UZ masih di dalam saya."

Sementara itu, penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan juga dikhabarkan menyambut kelahiran cahaya mata lelaki pada tengah hari, hari sama.

Zuriatnya seberat 3.3 kg dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Anas mendirikan rumah tangga dengan Ana Syuhada, bekas peserta Mentor pada 22 Oktober 2016.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)