Kita seringkali terkeliru mengenai Zionis. Zionis adalah sekumpulan orang Yahudi yang percaya bahawa tanah yang mereka duduki dan rampas (melalui keganasan) daripada tanah-tanah milik orang Palestin. Tidak semua orang Yahudi berfahaman Zionis, tetapi Zionis itu berbangsa Yahudi.

Usaha menubuhkan negara yang mereka gelar Israel ini bermula pada awal abad ke 20. Berkenaan statusnya pula, Malaysia secara rasminya tidak mempunyai hubungai diplomatik dengan Israel seperti yang tercatat pada passport Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya Zionis sudah dilihat kejam, sebenarnya terdapat satu lagi serpihan puak atau kumpulan Zionis yang mengambil pendekatan lebih ekstrim. Dikenali sebagai Herut Israel atau singkatannya Lehi, kumpulan ini ditubuhkan sekitar tahun 1940.

Objektif Penubuhan Lehi  

pasukan pengganas lehi

Kumpulan Lehi ini dipimpin oleh ketua mereka Avraham "Yair" Stern. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka menubuhkan negara fasis Israel dengan apa jua cara sekalipun termasuklah membunuh, melakukan pengeboman dan merancang bekerjasama dengan pihak Nazi dibwah pimpinan Hitler.

Tujuan penubuhannya adalah untuk mengusir pihak berkuasa Britain dari Palestin secara paksa, membenarkan migrasi Yahudi tanpa had dan pembentukan sebuah negara Yahudi baharu secara total.

Bekerjasama dengan pihak Nazi? Kedengaran pelik bukan? Bukankah Nazi mahu menghapuskan orang Yahudi? Bagaimanakah kumpulan Lehi ini boleh merancang untuk bekerjasama dengan satu pihak yang ingin menghapuskan kaum mereka sendiri?

Untuk memahami bagaimana idea gla ini boleh terhasil, kita perlu memaham keadaan politik zaman tersebut.

Lama sebelum Avraham "Yair" Stern menubuhkan kumpulannya, militan Zionis telah berjuang untuk kemerdekaan dari negara Zionis yang lebih pragmatik di bawah bimbingan aktivis politik kelahiran Rusia, Ze'ev Jabotinsky.

Ze'ev Jabotinsky adalah individu yang membantu menubuhkan Irgun, sebuah kumpulan pengganas radikal yang berusaha mengusir orang Inggeris dari Palestin yang pada masa itu secara longgar memerintah kawasan Tebing Barat.

Ketidakstabilan di Palestin 

simbol penghormatan lehi

Simbol penghormatan Lehi

Ketika itu, keadaan di Palestin juga sedang bergolak. Palestin sudah dihuni oleh beberapa kumpulan penentang ketika Inggeris menyerang. Ini termasuklah orang Kristian, Yahudi, Arab dan lain lain yang masing-masing mendakwa bahawa mereka lebih berhak ke atas tanah milik orang Palestin.

Keadaan tidak stabil di Palestin ini diburukkan lagi pada tahun 1939 apabila Britain sewanang-wenangnya mengisytiharkan bahawa tanah ini mestilah menjadi negara Israel dalam tempuh 10 tahun. Orang Arab dan Zionis tidak bersetuju dengan arahan ini yang dilihat sebagai pengkhianatan terhadap janji awal yang telah mereka persetujui dengan Britain.

Walaupun kumpulan penggananas Irgun telah diarahkan oleh ketua mereka untuk tidak melakukan pemberontakan secara terbuka, salah seorang anggotanya Avraham Stern tidak setuju. Dia percaya bahawa Britain adalah musuh Israel yang paling signifikan dan menimbulkan ancaman terbesar bagi penubuhan negara Yahudi di Israel.

Walaupun Avraham Stern percaya bahawa Adolf Hitler adalah anti-Semitik, dia juga percaya bahawa tentera Nazi berguna dalam merealisasikan visinya tentang penubuhan kerajaan Israel yang berautoriti. Maka, lahirlah pecahan kumpulan Irgun yang dikenali sebagai Lohamei Herut Yisrael (atau singkatannya Lehi) yang bermaksud pejuang kebebasan Israel.

Untuk merealisasikan kerjasama ini, dia telah menawarkan kesetiaan Lehi kepada pasukan Kuasa Paksi. Sebagai tukaran, Avraham Stern mahukan semua orang Yahudi yang dianggarkan seramai 40 ribu orang yang berada di bawah penguasaan Nazi dipindahkan ke Palestin untuk dilatih bagi melawan British.

Idea ini bukan sahaja pelik, malah tidak masuk akal. Logikkah Adolf Hitler boleh membenarkan migrasi keluar orang Yahudi beramai-ramai sedangnya dia sememangnya bercita-cita mahu menghapuskan mereka?

Malah ketika itu, pasukan Kuasa Paksi sudah berada di kemuncak dan sedang rakus meluaskan penguasaan mereka di kawasan Eropah. Maka, sudah semestinya tiada keperluan buat mereka untuk menerima tawaran kerjasama daripada Lehi yang sungguh tidak masuk akal.

Kejatuhan Lehi

kumpulan militan yahudi

Poster pemimpin Lehi yang diburu

Avraham Stern telah membuat tawaran kerjasama ini 3 kali, pertamanya kepada Itali dan kemudiannya Jerman pada tahun 1941. Malangnya, tidak ada mana-mana kerajaan fasis ini yang berminat dengan kerjasama seperti ini.

Kesungguhan Avraham Stern menentang Inggeris semakin memuncak apabila dia mengetahui bahawa ayahnya terperangkap di Poland. Dia percaya hal ini disebabkan oleh sekatan British terhadap mingrasi Yahudi dan tidak menyedari bahawa ianya sebenarnya terjadi kerana pasukan Nazi sedang bersiap untukkk melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap orang Yahudi Poland.

Namun, pada akhirnya, kesalahan terbesar Avraham Stern adalah kerana dia gagal mengenali betapa jahatnya Hitler ketika itu dan kerana sangat berharap dapat menjalin kerjasama dengan pasukan yang dia percaya akan mengambil alih dunia satu hari nanti..

pejuang lehi wanita

Pejuang Lehi wanita pada tahun 1948

Pada Februari 1942, Avrahem Stern yang ketika itu sangat dikehendaki telah ditembak mati oleh pasukan polis British. Dengan kematiannya dan beberapa orang pengikut Lehi ditangka, maka secar rasminya kumpulan ini terkubur.

Sementara itu, dua orang pemimpin tertinggi Lehi, Yitzhak Shamir dan Eliyahu Giladi telah melarikan diri dari tahanan dan telah menubuhkan semula organisasi ini berdasarkan kempen rompakan bank, pengeboman, pembunuhan, dan penculikan orang Yahudi kaya di seluruh Palestin.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Middle East Monitor
  3. Wikiwand
  4. Jewish Virtual Library



Hakcipta iluminasi.com (2017)