Ketika zaman perang, bermacam-macam eksperimen yang telah dilakukan oleh pihak Nazi untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau penyakit. Selalunya yang menjadi mangsa untuk dijadikan bahan ujikaji ini adalah tahanan-tahanan perang mereka. Disebabkan tiada protokol atau organisasi khas yang memantau eksperimen ini, maka mereka hanya menjalankan eksperimen-eksperimen ini sesuka hati mereka. 

Kebanyakan mangsa eksperimen ini mati atau mengalami kecederaan yang lebih teruk lagi. Berikut merupakan beberapa eksperimen oleh pihak Nazi ke atas manusia yang pernah direkodkan dalam sejarah.

1. Eksperimen Air Laut

sea water experiment

Antara keperluan asas yang sukar diperolehi ketika zaman peperangan adalah sumber air bersih. Kerana sumber air bersih untuk minuman agak terbatas, pihak Nazi telah mendapat idea untuk melakukan satu eksperimen terhadap manusia menggunakan air laut. Tahanan perang di Dachau telah dijadikan sebagai subjek ujikasi.

Subjek-subjek eksperimen ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan - tidak diberikan air, diberikan air laut, diberikan air laut yang diproses melalui Metod Berka dan diberikan air laut tanpa garam. Kesemua subjek tidak diberikan makanan dan minuman melainkan hanya air yang diuji. Sebahagian subjek yang diberi air laut menghadapi cirit-birit, halusinasi dan ramai yang mati.

2. Eksperimen Menguji Keberkesanan Racun

eksperimen uji racun

Ketika zaman perang, saintis Nazi telah mereka cipta pelbagai jenis racun untuk membunuh pihak musuh. Untuk menguji keberkesanan racun-racun ini, tahanan perang telah dijadikan sebagai bahan uji kaji. Pada 1943, pelbagai jenis racun telah dicuba ke atas tahanan tanpa pengetahuan mereka melalui pelbagai cara antaranya melalui makanan yang diletakakn racun.

Sesetengah tahanan mati. Ada juga tahanan diberi racun kemudiannya sengaja dibunuh agar ujian autopsi dapat dijalankan. Selain itu, ada juga tahanan yang sengaja ditembak dengan peluru yang mengandungi racun. Kebanyakan mangsa cedera teruk atau mati.

3. Eksperimen Malaria

experiment malaria

Selama 3 tahun, beberapa siri eksperimen telah dijalankan kepada lebih 1000 tahanan perang di Dachau. Mereka yang sihat telah didedahkan kepada jangkitan nyamuk yang mengandungi virus malaria.

Subjek yang disahkan malaria kemudiannya diberikan dengan pelbagai jenis ubat untuk menguji keberkesanannya. Kebanyakannya mati. Sebahagian yang hidup pula menanggung kesakitan dan kecacatan seumur hidup.

4. Eksperimen Sulfonamide

Ekperimen untuk menguji keberkesanan ubat-ubatan daripada sufonamides telah dijalankan pada tahanan perang di kem Ravensburg. Untuk ujian ini, subjek akan dicederakan pada bahagian betis. Doktor kemudiannya akan menyapu ubat yang dicipta sebelum menjahit koyakan tersebut.

Selain itu, serpihan kaca juga akan diletakkan pada kecederaan tersebut untuk menggambarkan kecederaan sebenar ketika waktu perang. Untuk simulasi kecederaan daripada tembakan peluru pula, saluran darah subjek akan diikat ketat pada kedua-dua bahagian untuk menghentikan pendarahan. Mereka kemudian akan diberikan sulfonamide. Kebanyakan yang menjadi subjek eksperimen ini mengalami kesakitan yang teramat sangat yang menyebabkan kematian atau kecederaan kekal.

Kredit:

  1. Rice University 
  2. Jewish Virtual Library
  3. Uni. of Toronto

tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)