Sekiranya anda peminat fesyen jenama mewah, Chanel mungkin salah satu daripadanya. Daripada pakaian, tas tangan. minyak wangi hinggalah pelbagai aksesori fesyen ditawarkan oleh jenama ini.
Maka, tidak hairanlah jenama Chanel ini merupakan salah satu jenama fesyen paling bernilai di atas muka bumi ini. Bagi yang tidak tahu, jenama Chanel mula menempa nama dalam dunia fesyen kerana pengaruh Nazi Jerman. Perkara ini pernah kami tulis dahulu dala artikel Penguasaan Nazi Jerman dan Impaknya Terhadap Dunia Pereka Fesyen.
BESARKAN TEKS A- A+
Antara sebab mengapa jenama Chanel ini meningkat naik ketika era perluasan kuasa Nazi adalah kerana peranan dan pengaruh pengasas jenama ini sendiri iaitu Gabrielle Bonheur Chanel atau lebih dikenali sebagai "Coco" Chanel yang pernah bertugas sebagai pengintip bagi pihak Nazi.
Fakta mengejutkan ini didedahkan dalam buku autobiografinya yang bertajuk Sleeping with the Enemy: Coco Chanel, Nazi Agent nukilan Hal Vaughan. Peranannya ini juga telah didedahkan oleh dokumen rahsia kerajaan Perancis berkaitan Perang Dunia Kedua.
Berasal dari keluarga yang miskin
Dilahirkan dalam keluarga yang miskin pada tahun 1883, Coco Chanel dihantar ke pusat jagaan anak yatim pada usia 12 tahun. Ibunya meninggal dunia ketika usianya masih muda dan ayahnya meninggalkannya di rumah anak yatim.
Sejak daripada kecil, Coco Chanel mempunyai visi untuk merevolusi fesyen penampilan wanita mengikut acuannya. Antara kerjaya awalnya adalah sebagai penjaga kedai sebelum bekerja selama beberapa tahun sebagai penyanyi di kafe.
Kerjayanya sebagai penyanyi serta perwatakannya yang menarik memudahkannya mendampingi lelaki-lelaki kaya dan menjelang tahun 1913, Coco Chanel mendapat bantuan kewangan daripada seorang lelaki bernama Arthur ("Boy") Capel untuk membuka sebuah kedai pakaian kecil di Deauville, Perancis .
Dalam masa lima tahun, idea penggunaan kain jersi untuk membuat penampilan fesyen "gadis miskin" telah menarik perhatian wanita kaya berpengaruh yang mencari kelainan dan keunikanan dari gaya korset yang lazim.
Setia dengan falsafah fesyen bahawa "kemewahan mesti selesa, jika tidak ia bukan kemewahan," reka bentuk Coco Chanel menekankan kesederhanaan dan keselesaan dan telah merevolusikan industri fesyen.
Walaupun tidak pandai membuat lakaran dan tidak pandai menjahit, Coco Chanel berjaya mencipta namanya dalam dunia fesyen kerana kemahirannya berdamping dengan lelaki-lelaki kaya, memudahkannya menjual pakaiannya kepada individu-individu elit yang lain.
Kemunculan wangian Chanel 5
Walaupun Coco Chanel merupakan seorang pereka fesyen, wangian ikoniknya yang diberi nama Chanel 5 merupakakn faktor yang melonjakkkan jenama Chanel. Wangian Chanel 5 ini diperkenalkan pada tahu 1921 dengan bantuan Ernst Beaux, salah seorang pencipta minyak wangi paling berbakat di Perancis.
Minyak wangi itu dikatakan mendapat namanya dari rangkaian aroma yang dicipta Ernst Beaux untuk dicuba oleh Coco Chanel dan Coco Chanel memillih sampel wangian kelima yang mempunyai bau unik hasil gabungan melati dan beberapa aroma bunga lain yang lebih kompleks dan misteri daripada minyak wangi di pasaran.
Wangian Chanel 5 melonjakkan jenama Chanel dan Coco Chanel adalah pereka fesyen pertama yang memperkenalkan minyak wangi dan bungkusan minyak wanginya tur diganti dengan botol yang mempunyai rekabentuk menarik bagi menjadikannya satu keunikan.
Coco Chanel kemudian bekerjasama dengan ahli perniagaan Théophile Bader dari Galeries Lafayette dan Pierre Wertheimer dari syarikat kosmetik Bourjois, yang kedua-duanya bersetuju untuk membantunya menghasilkan lebih banyak wangiannya dan memasarkannya dan berkongsi sebahagian daripada keuntungan jualan.
Setelah menandatangani kontrak di mana Coco Chanel hanya menerima 10 peratus royalti, Coco Chanel membuat beberapa tuntutan saman dalam beberapa dekad berikutnya untuk mendapatkan kembali kawalan terhadap wangian khasnya itu.
Hubungan dengan pegawai tentera Nazi
Apabila pihak Nazi mengambil alih Paris pada tahun 1940, Coco Chanel bijak mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya dan jenamanya. Coco Chanel telah berjaya mendampingi Baron Hans Günther von Dincklage, seorang pegawai di Abwehr, perisik tentera Jerman.
Percintaan mereka membolehkan Coco Chanel untuk pindah ke tempat tinggal yang selesa di Hitel Ritz di Paris yang ketika itu turut berfungsi sebagai ibu pejabat Nazi, memudahkannya memposisikan statusnya dalam kalangan pegawai tertinggi Jerman.
Hubungan Coco Chanel dengan Baron Hans Günther von Dincklage juga dimanfaatkan sebaiknya untuk kepentingan dirinya. Antara usaha yang dilakukannya adalah pembebasan anak saudaranya André Palasse, yang dipenjarakan di penjara Jerman pada tahun 1940..
Selain itu, hubungan cintanya dengan pegawai tinggi Jerman ini juga dipergunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan perniagaan jenama fesyennya. Dengan Nazi ketika itu mahukan orang Yahudi dibunuh, Coco Chanel mengambil kesempatan untuk mengambil kembali hak keuntungannya daripada Pierre Wertheimer yang telah ditandatangani sebelum itu.
Peranan Coco Chanel sebagai perisik Nazi pada 1941
Baron Hans Günther von Dincklage kemudiannya memperkenalkan Coco Chanel dengan seorang agen Abwehr, Baron Louis de Vaufreland yang berjanji akan membantu Coco Chanel membebaskan anak saudaranya sebagai gantia akan perkhidmatannya sebagai seorang perisik. Sekitar tahun 1941, Chanel didaftarkan sebagai Ejen F-7124, dengan nama kod "Westminster.
Coco Chanel ditugaskan mendapatkan "maklumat politik" dari rakan-rakannya di Madrid dan telah pergi ke kota Sepanyol selama beberapa bulan pada pertengahan tahun 1941 dengan Vaufreland atas alasan perniagaan. Menurut buku Hal Vaughn Sleeping with the Enemy, ada catatan makan malamnya dengan diplomat Britain, Brian Wallace, di mana Coco Chanel dengan santai membincangkan kehidupan di Paris yang dijajah dan permusuhan orang Perancis dan Jerman.
Tidak jelas apakah interaksi Coco Chanel di Madrid mempunyai impak tertentu tetapi usahanya ini nampaknya cukup untuk menarik perhatian pegawai Abwehr dan seperti yang dijanjikan anak buahnya telah dilpeaskan.
Pendedahan sebagai pengintip Jerman
Suatu ketika antara akhir 1943 dan awal 1944, dengan pengaruh Jerman semakin lemah, Coco Chanel ditugaskan untuk misi lain oleh Jeneral Walter Schellenberg dari SS. Dinamakan "Operation Modellhut", Bahasa Jerman untuk "model topi", Coco Chanel dikehendaki menggunakan hubungan peribadinya dengan Churchill untuk menyampaikan berita bahawa banyak pegawai kanan SS berusaha untuk menghentikan pertumpahan darah itu.
Coco Chanel mengatur untuk membebaskan Vera Lombardi, seorang rakan yang turut mempunyai hubungan baik dengan Churchill, dari penjara Itali. Mereka pergi ke Madrid bersama Dincklage, di mana Lombardi diperintahkan untuk menyerahkan surat Chanel kepada Churchill di Kedutaan Britain.
Namun, rancangan ini gagal apabila Lombardi mendedahkan Chanel dan rakannya sebagai mata-mata Jerman. Lombardi dibawa kembali ke tahanan namun Coco Chanel berjaya kembali ke Paris dengan selamat.
Coco Chanel cuba menyembunyikan bukti perkaitannya dengan Nazi
Pada bulan Ogos 1944, beberapa bulan setelah kegagalan operasi di Madrid, tentera Perancis berjaya mengambil alih kembali Paris dari Jerman. Dengan reputasinya sebagai "rakan kerjasama" Nazi, Chanel dibawa untuk disoal siasat di hadapan Free French Purge Committee.
Coco Chanel walau bagaimanapun berjaya melepaskan diri, dibebaskan dalam waktu singkat dan segera melarikan diri ke Switzerlannd. Setelah tamat perang, Coco Chanel muncul di mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan bersumpah berkenaan pegawai Jerman yang ditangkap yang cuba mengaitkannya dengan Abwehr.
Coco Chanel berjaya melepaskan diri daripada tuduhan tersebut dengan mengesahkan bahawa Vaufreland telah berjanji untuk mengeluarkan anak buahnya dari penjara dan menafikan mempunyai hubungan rapat dengannya.
Kredit: