Sebut sahaja nama Uqasha Senrose, pasti semua akan teringat dengan kecaman dan kritikan hebat yang tidak putus-putus dilemparkan kepada pelakon berkenaan.
Meskipun sering menjadi mangsa kontroversi, dia tidak pernah diserang di tempat awam.
Apa yang lebih mengejutkan, terdapat segelintir individu yang pernah melontarkan tohmahan terhadap dirinya namun masih mahu bergambar bersama ketika di luar.
Walaupun ramai kecam saya di Instagram tapi tidak pernah pula ada yang kutuk secara terbuka di luar. Lebih menghairankan ada beberapa individu pernah mendekati saya memberitahu pernah mengecam saya di Instagram dan ingin mengambil gambar bersama pula.
Menyedari dirinya juga manusia biasa, Uqasha mengakui kadangkala terkilan dengan sindiran dan komen negatif yang diberikan. Namun, dia kini tidak mahu lagi ambil pusing terhadap perkara sebegitu.
Saya sudah tidak kisah tentang kritikan masyarakat dan tidak mampu hendak paksa mereka menyukai saya. Lepas isu buka tudung itu, lagi teruk saya dikecam pada awalnya namun sekarang orang sudah mula terima.
Sumber: mStar Online
Sebelum ini, Uqasha juga pernah dituduh sukar untuk memberi kerjasama dengan wartawan andai terdapat sesuatu isu yang memerlukan penjelasannya.
Baginya, dia lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Kredit foto: Instagram @uqashasenrose2 & mStar Online