Oleh pada 29 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Pihak polis Kuala Lumpur masih dalam proses mengenalpasti dadah yang dirampas daripada beg tangan pelakon, Uqasha Senrose sama ada ianya adalah eramin 5 atau sebaliknya.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, di ketika ini mereka masih menunggu proses pengesahan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Patalogi.

"Kertas siasatan sudah pun dilengkapkan, cuma keputusan kimia sahaja belum selesai.

"Kita masih tunggu laporan akhir dari Jabatan Patologi sebelum keputusan tindakan sama ada boleh dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya," katanya kepada Sinar Harian usai majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras, semalam.

Majlis berkenaan menyaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff bakal memangku jawatan Ketua Polis Daerah Cheras sebagai pengganti Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang telah berpindah ke Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

perkembangan terkini kes dadah uqasha senrose 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Terdahulu, Uqasha ditahan polis pada 6 Mei lalu berada dalam keadaan khayal bersama 53 biji pil yang dipercayai eramin 5 bernilai RM660 di dalam tas tangan miliknya.

Beliau akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis. Manakala ujian saringan awal air kencing aktres itu didapati negatif.

Sebelum dibawa ke balai polis, beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya di Taman Tun Dr Ismail kira-kira pukul 11.45 pagi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.




Hakcipta iluminasi.com (2017)