Oleh pada 07 May 2018 kategori

hisyam hamid bersuara isu uqasha senrose ditahan polis 1

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid

Aktor Hisyam Hamid meluahkan rasa terkejut selepas mendapat perkhabaran Uqasha Senrose ditahan kerana dadah, semalam.

Hisyam, 33, berkata, dia dan Uqasha selaku pelakon drama terbaru Rahsia Hati Perempuan, baru sahaja melangsaikan 37 babak yang rata-ratanya babak berat, sehari sebelum kejadian.

"Ketika penggambaran, dia memberikan sepenuh komitmen hingga pengarah berpuas hati dengan persembahannya.

"Bagaimanapun ketika mendapat berita penangkapan Uqasha, saya terkejut kerana tidak menjangka ia berita buruk," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Uqasha dilaporkan telah ditahan selepas polis menemui enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 dalam tas tangan miliknya.

hisyam hamid bersuara isu uqasha senrose ditahan polis 2

Kredit foto: Mstar

Pelakon berasal dari Kelantan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pada jam 11.45 pagi, semalam, sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Menerusi laporan portal Mstar sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah berkenaan bernilai RM660. Manakala ujian saringan awal air kencing aktres itu didapati negatif.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes itu bakal dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Dalam pada itu, Hisyam berkata, Uqasha memberikan kerjasama yang baik sepanjang bekerja di set penggambaran.

Malah, beliau menyifatkan pelakon jelita berusia 26 tahun itu sebagai seorang yang 'happy go lucky'.

hisyam hamid bersuara isu uqasha senrose ditahan polis 3

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

"Dia profesional dan jaga 'call time'. Pendek kata memang tiada masalah dan senang bekerja dengannya.

"Dia juga seorang pelakon yang berbakat dan saya nampak kelebihan yang ada pada dirinya berbanding pelakon lain," katanya.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)