Oleh pada 07 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

"Saya tidak 'lalok' langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif."

Demikian kata aktres Uqasha Senrose kepada portal Harian Metro saat diajukan pertanyaan berhubung konroversi yang melanda.

Terdahulu, beliau ditahan selepas polis menemui enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 dalam tas tangan miliknya, semalam.

Pelakon filem Paku Pontianak itu enggan bercakap secara terperinci perihal kejadian yang berlaku.

Begitupun, dia tidak menolak kebarangkalian wujud unsur sabotaj daripada pihak tertentu. 

akhirnya uqasha senrose beri respon isu ditahan kerana dadah 2

Kredit foto: Mstar

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini," katanya yang dibebaskan dengan jaminan polis.

Menerusi laporan portal Mstar sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah berkenaan bernilai RM660. Manakala ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu didapati negatif.

Kes itu bakal dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Pelakon berasal dari Kelantan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi pada jam 11.45 pagi, semalam, sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).




Hakcipta iluminasi.com (2017)