Oleh pada 09 May 2018 kategori

dihentam kerana uqasha ini pula kenyataan nelydia senrose 1

Kredit foto: Instagram Nelydia Senrose

Selepas dikecam hebat susulan kakaknya, Uqasha yang dikaitkan dengan isu dadah, aktres Nelydia Senrose akhirnya tampil meluahkan perasaan di laman Twitter pada Isnin.

Menerusi perkongsian terbabit, Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24, dipercayai mempersoalkan tindakan netizen yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi pelakon Rahsia Hati Perempuan itu.

dihentam kerana uqasha ini pula kenyataan nelydia senrose 2

Kredit foto: Twitter Nelydia Senrose

"Saya tertanya-tanya mengapa saya perlu menanggung beban yang bukan milik saya," tulisnya.

Kiriman berkenaan lantas menarik perhatian para pengikut yang tidak keberatan berkongsi kata-kata motivasi buat aktres jelita ini.

"Setiap manusia akan diuji dengan berbagai dugaan, jadi kita sebagai manusia perlu kuatkan diri untuk tempuhi setiap dugaan itu dengan hati yang tenang tanpa ada rasa terbeban atas dugaan yang hadapi," komen seorang netizen. 

Reaksi balas peminat antara lain mengharapkan Nelydia dapat menangani isu yang timbul dengan tenang.

dihentam kerana uqasha ini pula kenyataan nelydia senrose 3

Kredit foto: Instagram Nelydia Senrose

"Banyakkan bersabar menempuh dugaan Nelydia. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya sentiasa mendoakan Nelydia dengan kakak Nelydia. Saya sayang kamu berdua," tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Terdahulu, Uqasha dilaporkan ditahan polis selepas enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 ditemui dalam tas tangan miliknya.

Pelakon berasal dari Kelantan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi pada jam 11.45 pagi, Ahad lalu, sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Menerusi laporan portal Mstar sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah berkenaan bernilai RM660. Manakala ujian saringan awal air kencing aktres itu didapati negatif.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes itu bakal dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)