Oleh pada 04 Nov 2017 kategori

Kredit foto: peraktoday.com.my

Aktres Uqasha Senrose didakwa telah menjalinkan semula hubungan cinta dengan bekas tunangnya, aktor Pekin Ibrahim.

Spekulasi itu nyata mengejutkan peminat dunia hiburan memandangkan umum sedia maklum dengan hubungan rapat antara Uqasha dan pengacara Hefny Sahad di ketika ini.

Khabar itu disampaikan menerusi ruangan Miss K dalam laporan portal Astro Gempak.

"Miss K tahu ramai yang terkejut dengan cerita yang akan Miss K sampaikan ni. Mesti ramai yang tertanya-tanya betul ke Pekin dan Uqasha Senrose kembali bersama?

"Mungkin ada yang akan kata 'tak mungkinlah… kan ke Uqasha Senrose tengah hangat bercinta dengan pengacara dan pelakon kacak, Hefny Sahad?” tulis Miss K.

Malah, laporan gosip itu antara lain menyebut tentang pertemuan yang diatur Pekin dan Uqasha di Taiping dalam beberapa hari akan datang.

"Ratasya tu kawan Miss K yang suka benar ambil tahu perkembangan terkini artis-artis Malaysia.

"Kata Ratasya, dia dapat cerita yang Pekin dan bekas kekasihnya akan bertemu di Taiping dalam dua tiga hari mendatang ni.

"Untuk apa dan kenapa tidak pula si Ratasya ni beritahu kepada Miss K!" dedahnya lagi.

Sejauh mana kebenaran khabar angin ini masih menjadi tanda tanya.

Selain Uqasha yang dikatakan rapat dengan Hefny, Pekin pula dalam kenyataaan terdahulu mendedahkan sedang intim dengan seorang model berasal dari London, United Kingdom.

Malah aktor berusia 36 tahun itu merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini. 

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)