Oleh pada 06 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Aktres Uqasha Senrose menarik perhatian ramai sewaktu kemunculan di acara Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) Jumaat lalu.

Bukan sahaja penampilannya yang dikatakan seksi, malah perubahan bentuk badannya turut menjadi perbualan sensasi di laman sosial.

Baik kritikan negatif mahupun positif, segalanya diutarakan peminat di ruangan komen Instagram pelakon Hero Seorang Cinderella ini.

bentuk badan terkini uqasha senrose tarik perhatian 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Kebanyakannya nyata terkejut dengan perubahan mendadak berat badan pelakon berusia 25 tahun itu.

Dalam masa yang sama, mereka turut mempertikaikan gaun satin yang dikenakannya kerana dianggap tidak bersesuaian dengan bentuk tubuhnya yang semakin berisi.

Pun begitu, hasil tinjauan terkini kami mendapati aktres yang juga kekasih kepada hos Hefny Sahad ini telahpun menutup ruangan komen di laman Instagramnya kerana kebanjiran kritikan netizen yang melampau. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)