Oleh pada 12 Apr 2018 kategori

hubungan dengan hefny sahad berantakan ini komen uqasha senrose 1

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose & Instagram Hefny Sahad

Sebelum ini, aktres Uqasha Senrose pernah memaklumkan beliau menjalin hubungan cinta dengan hos dan aktor Hefny Sahad.

Namun, timbul pula desas-desus mengatakan hubungan pelakon yang menyerlah menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu dan hos kelahiran On-Air Talent ini telah berantakan.

Kemesraan yang terjalin sebelum ini didakwa makin hambar apabila masing-masing sudah tidak memuat naik foto bersama di laman sosial.

Begitupun, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, ketika diwawancara Astro Gempak, enggan memberi ulasan lanjut berhubung spekulasi itu.

hubungan dengan hefny sahad berantakan ini komen uqasha senrose 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose 

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini baik-baik sahaja. Ketika ini, saya mahu memberikan memberikan tumpuan dan perhatian kepada kerjaya sahaja," komennya ringkas.

Mengenai isu sebuah syarikat penerbitan yang memberi bayangan bakal mengeluarkan buku dengan menggunakan gambar dan nama mirip dirinya, aktres jelita ini juga enggan memanjangkan perkara itu.

"Apabila mereka telah memberikan penjelasan, saya okay sahaja kerana tak nak gaduh-gaduh. Saya malas mahu memanjangkan isu ini," katanya.

Tentang perkembangan kerjaya, Uqasha kini terlibat dalam pembikinan drama rantaian terbaharu, Rahsia Hati Perempuan yang menggandingkannya bersama Mira Filzah, Hisyam Hamid dan Fikry Ibrahim.

Bakal menemui penonton di saluran Astro Ria dalam slot Megadrama.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)