Oleh pada 22 May 2019 kategori

Kuih tako sememangnya berbeza dengan tepung pelita.

Kuih tako berasal dari selatan Semenanjung dan tepung pelita berasal dari Perak.

Tepung pelita juga dikenali sebagai kuih jongkong atau kuih sampan.

Kuih tako menggunakan tepung jagung atau Hoen Kwe. Tepung pelita pula menggunakan tepung beras.

Paling ketara ialah kuih tako dimasak di dalam daun pandan, manakala tepung pelita dimasak di dalam daun pisang.

Tepung pelita mempunyai rupa yang kurang cantik dari kuih tako.

 

Kuih Tako Jagung

 

 

Bahan-bahan: 

 

Lapisan bawah (hijau) 

 

  • Tepung jagung (1 cawan)
  • Jagung manis (1/2 tin)
  • Air (5 cawan) - pemilik resepi gunakan 4 cawan air dan 1 cawan air daun pandan
  • Gula pasir (1 3/4 cawan)
  • Pewarna hijau

   

Lapisan atas (putih) 

 

  • Tepung jagung (1 cawan) 
  • Santan (9 cawan)
  • Garam (1 1/2 sudu teh)

 

Cara membuatnya:  

 

Bahagiah bawah (hijau) 

 

1. Satukan kesemua bahan-bahan di dalam periuk. Kacaukan sebati dahulu, baru buka api. Kacau sentiasa untuk pastikan tidak berketul sehingga likat dan meletup - letup timbul. 

2. Tuangkan ke dalam acuan tako ketika adunan masih panas.

 

Bahagian atas (putih) 

 

1. Satukan ke semua bahan-bahan di dalam periuk. Kacaukan sebati dahulu baru kemudian buka api. Kacau sentiasa supaya tidak berketul dan kacau sehingga likat dan meletup-letup timbul. 

2. Kecilkan api dan tuangkan dengan cepat di atas lapisan hijau. Jangan tunggu lama kerana adunan cepat membeku.

 

Nota: 1 adunan boleh memperolehi 60 hingga 70 biji kuih bergantung kepada saiz daun pandan. 

kuih tako jagung 1  

 

Sumber:

1. Nor Al Fatihah [12]

2. PeriukTanah (periuktanah.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)