creed of nicea

Kepercayaan triniti yang dipercayai dalam ajaran Kristian walaupun diterima majoriti penganut agama Kristian, sebenarnya telah pun melahirkan pecahan di antara golongan penganut Kristian dengan wujudnya dua kelompok ; sama ada yang mempercayai konsep tersebut atau menolak konsep triniti ini.

Ini berdasarkan sejarah mengenai upacara 'penyaksian' yang berlaku pada tahun 325M apabila ajaran-ajaran Kristian dimeterai dalam satu majlis yang dinamakan Creed of Nicaea. Dalam majlis tersebut, pihak yang terlibat bersetuju untuk mengiktiraf ketuhanan Nabi Isa as. atau Jesus Christ, namun bagi pihak yang menentang pula mereka menganggap individu-individu yang terlibat mempunyai agenda politik serta hanya lebih berminat hendak menjaga kepentingan gereja tertentu.

Berikutan majlis tersebut, golongan penganut Kristian terpecah kepada dua kelompok besar iaitu Kristian Trinitarian dan Kristian Non-Trinitarian, dengan Trinitarian menjadi asas kepada gereja-gereja besar Kristian dan Kristian Unitarianism menjadi salah satu cabang bagi mereka yang menolak konsep triniti.

APA ITU UNITARIAN?

unitarian kristian

Unitarian berbeda dengan ajaran Triniti kerana mereka hanya mengakui Allah swt. sebagai Tuhan dan percaya apa yang mereka anuti, adalah ajaran sebenar Jesus of Nazareth seperti apa yang terkandung dalam Perjanjian Baru (New Testament) serta catatan-catatan yang terdapat dalam dokumen Kristian kuno.

Seorang Kristian Unitarian percaya Jesus of Nazareth/Isa as. adalah seorang contoh kepada penganutnya dan mempunyai tanggungjawab sebagai seorang utusan Tuhan. Konsep 'salvation' yang diguna oleh seorang Kristian Unitarian pula bergantung kepada pegangan moral dan akhlak mereka semata-mata tanpa perlu mempercayai Isa as. sebagai seorang yang perlu disembah atau mampu memenuhi doa mereka.

Sangat jelas, seorang penganut Kristian Unitarian mempunyai konsep ketuhanan yang cukupi berbeza dengan apa yang dianuti oleh majoriti penganut Kristian dunia lain yang mempercayai triniti.

Walaupun begitu, wujud juga pecahan-pecahan perbezaan pendapat di kalangan penganut Kristian Unitarian sendiri dengan penganut-penganut ajaran terbesar mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Antara yang popular adalah Jehovah's Witness, Latter Day Saints, Armstrongism dan Unity School of Christianity.

SEJARAH AWAL PERPECAHAN PENGANUT KRISTIAN

persidangan penganut kristian

Kisah perpecahan kepercayaan penganut Kristian bermula melalui penentangan seorang lelaki bernama Arius semasa majlis Creed of Nicaea, yang mula mencabar kepercayaan masyarakat Kristian ketika itu secara terbuka berkenaan isu kedudukan Isa as. sebagai Tuhan Bapa.

Pendapat beliau disanggah oleh seorang ahli majlis berpengaruh bernama Athanasius sehingga berlakunya jurang besar di antara penganut-penganut Kristian ketika itu, walaupun tujuan asal majlis tersebut dianjurkan adalah untuk menyatukan penganut Kristian di dalam satu kepercayaan.

Banyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Arius dalam majlis tersebut gagal dijawab sehinggakan majlis tersebut terpaksa mengambil tindakan kekerasan dalam menangani hujah Arius. Perdebatan selama lebih 2 bulan berlangsung di antara Arius dan Athanasius.

Akhirnya, pihak majlis mengambil keputusan mengamalkan kepercayaan yang berbeza dengan apa disampaikan oleh Arius. Berikutan insiden ini, pada 19 Jun 325M, pihak majlis serta pemerintah menyampaikan arahan pada gereja menyatakan Arius serta pengikut-pengikutnya dibuang negeri ke Illyricum, yang kini adalah lokasi sekitar Albania, Bosnia dan Croatia.

Kesan penentangan Arius terhadap kepercayaan yang disepakati dalam majlis tersebut tersebar selama 55 tahun daripada Creed of Nicaea yang berlaku pada tahun 325M sehinggalah memerlukan berlangsungnya Council of Contantinopole yang berlangsung pada 381M, ekoran ramai pihak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Arius semasa majlis Creed of Nicaea.

PERKEMBANGAN UNITARIAN PADA ABAD KE 16

gereja unitarian di charleston

Ajaran unitarian mula berkembang pesat semasa berlakunya evolusi gereja-gereja Kristian pada sekitar abad ke 16, ekoran berlaku reformasi golongan Protestant yang dimulakan oleh Martin Luther. Kewujudan gereja-gereja unitarian yang pada awalnya dilakukan secara sendirian, kini digabungkan melalui penuhubuhan Unitarian Universalist Association (UUA) dengan tujuan pertubuhan ini adalah untuk membawa semula penganut Kristian kembali kepada ajaran Nabi Isa as. yang asal.

Bagaimanapun, wujud beberapa syarat yang menjadi kekangan kepada mereka dalam memperkembangkan kepercayaan mereka. Pihak unitarian hanya dibenarkan membuka gereja disebuah kawasan yang berlum dimasuki golongan Kristian Trinitarian.

Apabila dilihat kepercayaan mereka, tidak dapat dinafikan Kristian Unitarian ini seperti mempunyai beberapa persamaan dengan kepercayaan umat Islam.

Unitarian berpegang kepada konsep Tuhan itu satu dan menganggap Isa as. sebagai utusan Tuhan. Mereka juga berpendapat apa yang diajarkan oleh Isa as. adalah evolusi kepada apa yang disampaikan oleh Musa as. melalui kitab Taurat, dengan golongan unitarian kerap menimbulkan percanggahan-percanggahan serta penyelewengan yang berlaku semasa proses penyalinan semula Bible. Konsep Isa as. sebagai anak Tuhan pula ditolak oleh majoriti mereka.

Begitulah serba sedikit berkenaan ajaran Kristian yang berbeza dengan apa yang selalu kita dengar di Malaysia, yang kami harap dapat dikongsikan dalam menambahkan ilmu pengetahuan kita semua.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)