Oleh pada 30 Nov 2023 kategori

Pengaruh barat kepada masyarakat dunia khususnya yang melibatkan larangan agama, banyak menyebabkan Islam dilihat tegas berbanding kepercayaan lain yang ada.

Islam seringkali dikritik mereka yang kurang faham, dituduh tidak memberikan kebebasan kepada Muslim sehinggakan ada yang kata Islam menekan pengikutnya.

Realitinya terdapat persamaan di antara apa yang terkandung dalam ajaran Islam dengan apa yang diajar dalam agama lain, khususnya ajaran Kristian. Cuma persepsi dunia moden ini jarang membangkitkan wujudnya keserasian dalam hal berkait larangan di antara Kristian dan Islam, yang seharusnya kita ambil sebagai titik persamaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Larangan berzina

larangan mendekati maksiat dan zina

Dalam isu berzina yakni menjalinkan hubungan intim dengan lelaki atau wanita diluar ikatan perkahwinan - kitab Bible jelas melarang perbuatan sebegini dilakukan penganut Kristian; walaupun media barat gemar memainkan agenda seks bebas dan seks sebelum nikah.

Ini kerana menurut kepercayaan Kristian, sebarang bentuk perzinaan adalah satu kesalahan besar di sisi Tuhan dan hanya perkahwinan menjadi satu-satunya jalan yang boleh untuk membenar atau membolehkan sesuatu hubungan seksual berlangsung.

Dalam 1 Corinthians 7:1-5 KJV ada disebutkan :

"Now concerning the things whereof ye wrote unto me: It is good for a man not to touch a woman. Nevertheless, to avoid fornication, let every man have his own wife, and let every woman have her own husband."
Terjemahan kami : 'Adalah baik untuk seorang lelaki tidak menyentuh seorang wanita lain. Untuk mengelakkan maksiat, setiap lelaki harus memperisterikan seorang wanita dan setiap wanita harus mempersuamikan seorang lelaki."

2. Larangan makan daging khinzir

larangan makan babi khinzir

Dalam isu larangan memakan daging khinzir, terdapat dua bentuk pemikiran yang perlu dinilai penganut Kristian. Ini kerana pendapatnya ada beza ketara. 

Ada beberapa bahagian khususnya dalam kitab Perjanjian Lama yang secara terang dan jelas melarang penganut Kristian makan daging khinzir, kerana khinzir atau babi dikatakan sejenis binatang yang kotor. 

Bagaimana ada juga beberapa ayat dalam bahagian berbeza, yang dipercayai memberikan kelonggaran atau kebenaran untuk penganut Kristian makan haiwan tersebut - bergantung kepada cara tafsiran atau terjemahannya.

Dalam isu sama, apa yang dipegang masyarakat Kristian sedikit berbeza dengan pandangan Islam yang lebih terang; di mana larangan makan daging khinzir dinyatakan secara sangat eksplisit tanpa ada keraguan atau percanggahan.

3. Larangan bertatu

larangan bertatu cacah badan

Tatu sudah menjadi satu trend yang semakin diikuti ramai, sehinggakan memiliki kulit yang telah dicacah ini dianggap sebagai fesyen yang mencerminkan identiti diri.

Dalam aspek ajaran Kristian, larangan bertatu atau mencacah/menanda tubuh sendiri ini pun sebenarnya satu larangan yang jelas.

Dalam Leviticus 19:28 ada dijelaskan “And a cutting for the dead you will not make in your flesh, and writing marks you will not make on you; I am the Lord.”

Bagaimanapun mungkin disebabkan desakan trend semasa serta populariti tatu badan ini dikalangan orang ramai, pendakwah Kristian di seluruh dunia lebih gemar memilih jalan tengah; untuk bersikap neutral dalam membicarakan soal berkenaan larangan ini dan menyarankan agar perbuatan bertatu dilakukan secara bersederhana.

Daripada aspek Islam, larangannya jelas. Islam mengharamkan perbuatan ini.

4. Larangan menjalin hubungan sama jantina

larangan hubungan sama jantina

Isu hubungan sama jantina memang akan menimbulkan perbincangan hangat bukan?

Seperti dalam Islam, ajaran Kristian juga menekankan larangan untuk seseorang menjalani hubungan sama jenis dalam banyak bahagian. Antara ayat paling eksplisit dalam kitab Bible berkenaan larangan ini adalah

Leviticus 18:22 ~ You shall not lie with a male as with a woman; it is an abomination.


Leviticus 20:13 ~ If a man lies with a male as with a woman, both of them have committed an abomination; they shall surely be put to death; their blood is upon them.

Keras kan? Jelas di situ kitab Bible ada menyebut hanya hukuman mati adalah setimpal dengan perbuatan luar tabii.

Ajaran Kristian sangat menitikberatkan untuk pengikutnya menjauhi diri mereka daripada terjebak dalam hubungan sebegini rupa, kerana perbuatan ini dianggap luar tabii manusia, mengubah ciptaan Tuhan seterusnya akan mengakibatkan seorang Kristian terhumban ke dalam neraka.

5. Larangan wanita terlalu berlebihan dalam berhias

larangan berlebihan dalam berpakaian

Banyak pihak gemar memainkan sentimen bahawa Islam menekan wanita, terutamanya dalam bab kehendak seorang wanita untuk menghias dirinya. 

Walaupun demikian, larangan sama sebenarnya turut terkandung dalam kitab Bible menerusi 1 Timothy 2:9 yang menyatakan garis panduan untuk bagaimana seseorang wanita harus menjaga ketrampilannya.

I also want the women to dress modestly, with decency and propriety, adorning themselves, not with elaborate hairstyles or gold or pearls or expensive clothes,

Seorang wanita disarankan supaya berpakaian secara sederhana yang menjaga kehormatan dirinya, menghias dirinya juga secara sederhana tidak perlu menampak atau menonjolkan kemewahan atau kekayaan kepada khalayak umum.

6. Larangan beronani

larangan memuaskan nafsu sendiri

Di antara banyak larangan, rasanya topik berkenaan onani-lah yang paling sukar untuk dibincangkan secara terbuka.

Ini kerana Islam dan Kristian mempunyai pandangan dan saranan yang serupa berkenaan hal ini; onani adalah dilarang.

Dalam Islam, seseorang yang belum berkahwin tetapi merasa sukar untuk mengawal nafsu, dinasihatkan untuk berpuasa atau menyibukkan diri dengan perkara yang akan membuatkan dia lupa.

Begitu jugalah saranan dalam Kristian! Ajaran Kristian tidak menafikan wujudnya nafsu atau kecenderungan seseorang untuk merasai tarikan seksual.

Tetapi seorang penganut Kristian yang taat harus melihatnya sebagai satu anugerah Tuhan kepada dirinya yang harus dikawal dan dibedung, bukan untuk dituruti kemahuannya. Melakukan onani dengan bantuan pornografi yang menjadi kebiasaan orang zaman sekarang bukanlah jalan keluar sebenar.

Apa jalan keluar untuk ini? Perkahwinan, seperti yang sudah kami nyatakan di atas. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)