konsert komedi serlah kebolehan menyanyi pelawak 1

Kredit foto: Mstar

Bakat nyanyian pelawak tanahair bakal diserlahkan dalam sebuah program terbaru terbitan Astro, Konsert Komedi.

Menurut Ketua Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, para pelawak (yang digelar sebagai 'pemain komedi' dalam program ini) akan diberi kebebasan untuk menentukan konsep persembahan mereka pada setiap minggu.

konsert komedi serlah kebolehan menyanyi pelawak 2

Kredit foto: Youtube Malay Mail Afternoon

Mereka diberi kepercayaan penuh untuk mengemudi episod mereka sendiri daripada undangan selebriti hinggalah gaya persembahan. Mereka bebas membuat keputusan sendiri asalkan terdapat dua elemen utama, nyanyian dan sketsa. Pemain komedi merupakan individu yang sangat kreatif jadi kami ingin memberi peluang kepada mereka untuk bebas berkarya.

Sumber: Astro Gempak  

Senarai pelawak yang mengambil bahagian adalah Senario, Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey, Datuk Ac Mizal, Zero serta kumpulan Baik Punya Cilok yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datuk Awie.

Selain menyanyi, pemain komedi juga akan membuat sketsa secara solo atau berkumpulan bersama beberapa selebriti undangan - antaranya Erra Fazira, Stacy, Siti Nordiana, Misha Omar dan Indah Ruhaila.

Konsert tersebut bakal diiringi oleh kumpulan pemain muzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Konsert Komedi mula bersiaran pada 12 Mei ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

konsert komedi serlah kebolehan menyanyi pelawak 3

Kredit foto: Youtube LayanOn9


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)