Kredit foto: star2.com

Jatuh pada tarikh sama dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak menghalang 12,000 netizen untuk hadir memeriahkan Konsert Bruno Mars yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur, semalam.

Malah, peminat membanjiri perkarangan lokasi itu seawal jam 5 petang untuk menyaksikan Bruno atau Peter Gene Hernandez, 32, beraksi lincah menyampaikan deretan lagu popularnya yang rata-rata dipetik daripada album 24k Magic.

Rangkaian itu termasuk Versace on the Floor, Locked Out Of Heaven, Runaway Baby, Chunky, Just The Way You Are, Finesse, Marry You, Uptown Funky, 24K Magic, When I Was Your Man, dan That’s What I Like.

Momen indah bila Bruno menzahirkan kerinduan buat para peminat di negara ini menerusi nyanyiannya.

konsert bruno mars tetap meriah di hari pilihan raya umum 14 2

Kredit foto: star2.com

“€Aku rindu kamu. Aku rindu kamu, Malaysia,”€ luah beliau yang sudah kali kedua berkunjung ke Malaysia selepas konsert pada tahun 2012.

Terdahulu, konsert Bruno yang jatuh pada tarikh PRU-14 mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembeli tiket di mana sesetengah daripada mereka mahu tarikhnya ditukar.

Namun penganjur kekal dengan keputusan asal tanpa pindaan jadual. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)