Kredit foto: firstcoastnews.com
Penyanyi Bruno Mars mengungguli acara anugerah hiburan berprestij, Grammy Awards 2018 apabila merangkul tiga kategori utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik dalam majlis yang diadakan di Madison Square Garden, New York City, New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Lagu 24K nyanyiannya mengenepikan The Story of O.J. nyanyian Jay-Z, HUMBLE (Kendrick Lamar), Redbone (Childish Gambino) dan Despacito (Luis Fonsi, Daddy Yankee) dalam kategori rakaman terbaik.
Manakala albumnya, 24K Magic dianugerahkan trofi Album Terbaik, sekaligus menewaskan empat calon lain iaitu Jay-Z (4:44), Lorde (Melodrama), Kendrick Lamar (Damn) dan Childish Gambino (Awaken, My Love!).
Tidak ketinggalan, Bruno menerusi That’s What I Like merangkul kategori Lagu Terbaik, menewaskan 1-800-273-8255 (Logic, Khalid, Alessia Cara), Issues (Julia Michaels), Despacito Remix (Justin Bieber, Luis Fonsi, Daddy Yankee) dan 4:44 (Jay-Z).
Dalam pada itu, Alessia Cara menjadi Artis Baru Terbaik tahun ini, bersaing dengan empat calon lain, Lil Uzi Vert, Julia Michaels, Khalid, dan SZA.
Dihoskan oleh pengacara sensasi James Corden, Grammy Awards 2018 dimeriahkan lagi dengan persembahan hebat U2, Elton John, Lady Gaga, Miley Cyrus, Kendrick Lamar, Bruno Mars, Cardi B, Kesha, Luis Fonsi, Daddy Yankee, Childish Gambino, DJ Khaled, Rihanna, Bryson Tiller, Little Big Town, Ben Platt, Patti Lupone, Sting, Shaggy, juga Sam Smith.
Sumber berita: Harian Metro