Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza, Instagram Neelofa, Instagram Mira Filzah & Instagram Amyra Rosli

     

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal menduduki carta teratas dengan jumlah pengikut atau ‘followers’ Instagram teramai di kalangan selebriti Malaysia bagi tahun 2019.

Penyanyi tersohor negara itu yang menggunakan akaun atas nama @ctdk sehingga kini sudah mengumpul lebih 6.9 juta pengikut!

Kedudukan kedua yang sebelum ini menjadi milik Neelofa, dirampas pelawak Zizan Razak menerusi akaun atas nama @zizanrazak869 dengan jumlah pengikut melebihi 6.8 juta.

Sementara itu, Neelofa (@neelofa) menduduki tempat ketiga dengan catatan 6.7 juta, diikuti pelakon jelita Nora Danish (6.4 juta) dan pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32, Mira Filzah (5.7 juta).

Tidak ketinggalan, pelakon dan pengacara muda, Janna Nick berada di kedudukan keenam dengan 5.3 juta, diekori rapat Hanis Zalikha (5.3 juta), Scha Alyahya (5.1 juta), seterusnya Amyra Rosli (5 juta) serta Nur Fazura (4.9 juta).

    

top instagram malaysia 2019

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

    

TOP 10 SELEBRITI MALAYSIA DENGAN PENGIKUT INSTAGRAM TERAMAI (2019)

  1. Datuk Seri Siti Nurhaliza (6.9 juta)
  2. Zizan Razak (6.8 juta)
  3. Neelofa (6.7 juta)
  4. Nora Danish (6.4 juta)
  5. Mira Filzah (5.7 juta)
  6. Janna Nick (5.3 juta)
  7. Hanis Zalikha (5.3 juta)
  8. Scha Alyahya (5.1 juta)
  9. Amyra Rosli (5 juta)
  10. Nur Fazura (4.9 juta)

    

Sumber berita: Siti kekal! Zizan atasi Neelofa... ini 10 selebriti Malaysia miliki ‘followers’ teramai di Instagram sepanjang 2019

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)