Para selebriti pada hari ini tidak dinafikan bukanlah calang-calang dan sememangnya tidak sewajarnya dipandang enteng.

Rata-ratanya hadir ke dunia hiburan bukan sahaja berbekalkan wajah, malah kepintaran yang sekaligus melengkapkan pakej yang dimiliki.

Berikut Iluminasi kongsikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lapan selebriti popular tempatan untuk mengukuhkan lagi kenyataan penulis.

    

Neelofa

Tahun: 2006

Keputusan: 10A

Sekolah: MRSM Langkawi

    

Selain cemerlang dalam SPM, Neelofa yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi juga memperoleh keputusan lengkap 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian A Level di Kolej Damansara Utama sebelum mengikuti jurusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

    

Mira Filzah

Tahun: 2010

Keputusan: 8A

Sekolah: SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

    

Mira Filzah yang merupakan bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini turut mencatatkan keputusan cemerlang SPM iaitu dengan memperoleh 8A.

    

mira filzah

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Ezlisa Loy

Tahun: 2013

Keputusan: 7A, 2B

Sekolah: SMK Bandar Tun Hussein On 2, Cheras

     

Pelakon Ezlisa Loy yang juga adik kepada aktres Elfira Loy, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On ini memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah, manakala B untuk pelajaran Biologi dan Kimia.

     

ezlisa loy

Kredit foto: Instagram Ezlisa Loy

     

Soo Wincci

Tahun: 2002

Keputusan: 7A, 2B

Sekolah: SMK Damansara Utama

     

Selain kejayaan mendapatkan 7A 2B dalam SPM, Soo Wincci juga memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Ia melayakkannya untuk meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD.

Tidak hanya itu, beliau juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

   

soo wincci

Kredit foto: Instagram Soo Wincci

     

Janna Nick

Tahun: 2013

Keputusan: 6A, 2B

Sekolah: MRSM Pendang, Kedah

     

Janna Nick yang pernah menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah ini menerima keputusan 6A dan 2B dalam peperiksaan terbabit.

    

janna nick 536

Kredit foto: Instagram Janna Nick

     

Najwa Latif

Tahun: 2012

Keputusan: 4A

Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor

     

Bekas pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Johor ini agak membanggakan dengan keputusan 4A dalam SPM tahun 2012, iaitu menerusi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik, selain lulus dalam enam mata pelajaran lain.

    

najwa latif

Kredit foto: Instagram Najwa Latif

    

Ayu Nazirah (Anak Nurul Wahab & Ajai)

Tahun: 2015

Keputusan: 9A

Sekolah: Sekolah Tun Fatimah, Johor

     

Pemilik nama penuh Ayu Nazirah Mohd Faizal ini meraih A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, manakala A+ untuk Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kejayaan itu membawa kepada ganjaran sebuah kereta pemberian bapanya, komposer Ajai.

    

ayu nazirah

Kredit foto: Instagram Ayu Nazirah

      

Ammar Effendy (Anak Rozita Che Wan)

Tahun: 2013

Keputusan: 9A

Sekolah: Kolej Yayasan Saad, Melaka

      

Ammar Effendy meraih 9A untuk subjek Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, Geografi dan Akaun.

Dari Kolej Yayasan Saad, Melaka, beliau kemudiannya mengikuti jurusan Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham, Semenyih.

Kecemerlangannya itu melayakkannya untuk menerima sebuah kereta jenis BMW daripada ibunya, Che Ta.

     

ammar effendy

Kredit foto: Instagram Ammar Effendy

      

Sumber berita: Selebriti popular yang pernah mendapat keputusan cemerlang SPM

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)