Oleh pada 14 Apr 2022 kategori

   

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap rasanya tanpa berkumandangnya lagu-lagu raya di corong radio.

Setiap tahun, ada sahaja penyanyi yang hadir menghadiahkan lagu raya terbaharu buat pendengar.

Meskipun lagu-lagu raya nostalgia kekal menjadi pilihan, namun lagu raya generasi baru juga tidak kurang hebatnya.

Berikut dikongsikan 12 lagu raya masa kini yang mendapat perhatian, bersempena dengan kehadiran lebaran tahun 2022 yang menjelang kini.

lagu hari raya   

      

Raya Telah Tiba - Aiman Tino

Kredit video: Aiman Tino - Raya Telah Tiba (Official Music Video with Lyric)

Sebuah single istimewa daripada penyanyi remaja Aiman Tino, 'Raya Telah Tiba', menceritakan tentang keseronokan menyambut Syawal selepas sebulan berpuasa, dicipta oleh komposer Apit dan lirik nukilan ACK pada tahun 2018.

   

Kasih Lebaran - Sufian Suhaimi

Kredit video: Sufian Suhaimi - Kasih Lebaran (Official Music Video)

Penyanyi yang berkaca mata, Sufian Suhaimi, memberikan kejutan untuk peminatnya dengan mempersembahkan sebuah lagu raya pada tahun 2017, diberi judul 'Kasih Lebaran'. Menariknya, tidak ramai yang mengetahuinya kerana tidak dibuat promosi sebelum oleh pihak pengurusan. Lagu ini dicipta oleh Sirkhan bersama Rinkarnaen.

   

Esok Hari Raya - Tajul

Kredit video: Tajul - Esok Hari Raya ( Official Music Video )

Sebuah lagu yang berjaya mengusik perasaan peminat menerusi vokal Tajul Ariff pada Hari Raya Aidilfitri 2018 iaitu ciptaan berjudul 'Esok Hari Raya' yang mempunyai melodi terhasil dari 'Bapa Irama Malaysia', Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

Lagu yang dipuji ramai itu turut dilengkapi dengan lirik yang ditulis oleh Siso.

   

Lebaran Terindah - Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani Syaz, Shamim, Tajul & Haqiem Rusli

Kredit video: Wany, Ernie, Wani, Shamim , Tajul & Haqiem - Lebaran Terindah (Official Music Video)

Satu lagi karya yang menarik dari syarikat rakaman FMC Music, Lebaran Terindah, menampilkan enam penyanyi muda iaitu Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Tajul, Wani Syaz dan Shamim, yang bergabung untuk merakamkan lagu raya indah pada tahun 2017. Lagu ini dicipta oleh Ibnu dengan lirik oleh Ibnu dan Gouffran.

   

Menanti Di Aidilfitri - Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah & Wan Azlyn

Kredit video: Menanti Di Aidilfitri - Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah, Wan Azlyn (Official Music Video)

Sebuah lagu raya tahun 2019 hasil gabungan empat penyanyi wanita muda iaitu Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn. Lagu raya ini menerima banyak pujian sebagai lagu raya terbaik pada tahun tersebut, dengan suntikan irama malar segar. Lagu itu diberi judul "Menanti Di Aidilfitri" dan dicipta oleh DJ Fuzz dengan lirik tulisan Waris.

   

Aidilfitri Lembaran Baru - Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Usop, Masya Masyitah & Ruffedge

Kredit video: Aidilfitri Lembaran Baru - Ruffedge, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Usop & Masya Masyitah

Beberapa nama terkenal dalam industri muzik tanah air iaitu Ernie Zakri, Syamel, Ruffedge, Ara Johari, Usop dan Masya Masyitah bersatu dalam menghasilkan single raya, "Aidilfitri Lembaran Baru", hasil terbitan Rocketfuel Records pada tahun 2021. Lagu ini dicipta oleh S. Atan dan Siso Kopratasa. Ia menggambarkan suasana sambutan Hari Raya dalam kehidupan norma baharu di tengah-tengah pandemik.

    

Rap Der Raya - Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma, Asyraf Nasir

Kredit video: Yonnyboii, Luca Sickta, Kmy Kmo, Abubakarxli, Siqma, ASYRAF NASIR - Rap Der Raya (Official Video)

Lagu Rap Der Raya merupakan single raya 2021 daripada gabungan 6 orang penyanyi hip hop generasi baharu iaitu Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Abubakarxli.

   

Lagu ini masih mengekalkan mood raya dengan menampilkan gabungan penulisan lirik oleh semua penyanyi tersebut, manakala melodi diilhamkan oleh Yonnyboii dan Luca Sickta. Ini merupakan lagu rap raya pertama yang dikeluarkan selepas sekian lamanya.

   

Hari Ini Aidilfitri - Danial Zaini

Kredit video: Danial Zaini - Hari Ini Aidilfitri (Official Music Video)

Pelawak Danial Zaini adalah salah seorang daripada penyanyi yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan lagu raya pada tahun 2021. Selepas mendendangkan lagu "Siti Bilang Raya", Danial turut melahirkan karya lain penulisan liriknya bersama Mat Arip dan Hadi Rumnan yang berjudul "Hari Ini Aidilfitri". Lagu itu mempunyai melodi yang dihasilkan oleh Mr. Yin.

     

Selamat Berhari Raya - Ariff Bahran & Sarah Suhairi

Kredit video: Ariff Bahran & Sarah Suhairi - Selamat Berhari Raya [Official Lyrics Video]

Ariff Bahran dan Sarah Suhairi, dua bintang terkenal dari generasi BBNU telah ditampilkan sebagai pasangan duet dalam lagu "Selamat Berhari Raya" yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Sang Hitam dan Rudy Kasmara. Terbitan pada tahun 2019 ini sangat menyenangkan untuk didengar kerana ia mengekalkan elemen-elemen klasik dalam muziknya. Lagu ini sangat sesuai untuk peminat lagu-lagu lama yang masih ingin menikmati irama raya yang lalu.

   

Syawal Menjelma - Ukays, Atmosfera, Ayie Floor 88, Asfan Shah, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Isa Khan, Sheryl Shazwanie, Mimi & Evon

Kredit video: Syawal Menjelma [Official Music Video]

Lagu 'Syawal Menjelma' mempunyai elemen melodi yang menyerupai lagu-lagu raya nostalgia dan pastinya dapat menyembuhkan rindu para peminat terhadap lagu raya klasik yang pernah dicipta di masa lalu. Ciptaan lagu ini sepenuhnya dilakukan oleh Amy Ukays pada tahun 2018.

     

Aidilfitri Mulia - Syafiq Farhain

Kredit video: Syafiq Farhain - Aidilfitri Mulia (Official Lyrics Video)

Lagu Aidilfitri Mulia merupakan lagu raya Hari Raya Aidilfitri tahun 2019 yang dinyanyikan oleh Syafiq Farhain, anak kepada penyanyi legenda negara, Allahyarham Saleem. Lagu ini direkodkan dengan sentuhan kreatif komposer Amy Ukays.

Kecoh Raya - Alvin Chong, Ara Johari, Danial Zaini, Diana Danielle, Izzrin Irfan, Kowachee, Usop & Zahier Yusoff

Kredit video: Universal Music Malaysia / TikTok / Rocketfuel 2021 Raya Hit - Kecoh Raya (Official Music Video)

Pada tahun 2021, sebuah lagu yang 'catchy' telah dilancarkan melalui aplikasi TikTok. Lagu itu dinyanyikan oleh Alvin Chong, Ara Johari, Danial Zaini, Usop, Diana Danielle, Izzrin Irfan, Kowachee dan Zahier Yusoff. Diberi judul Kecoh Raya, lagu ini membawa aura positif, semangat dan kegembiraan kepada pendengarnya. Ia dicipta oleh Mas Dewangga, Aden King dan Sirkhan, manakala liriknya oleh Mas Dewangga bersama Aden King.

        

Untuk lebih senarai lagu hari raya terkini, baca artikel: Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024, Bakal 'Evergreen' Bak Lagu Lama?

       

Baca: 10 Filem Melayu Bertema Hari Raya Wajib Tonton, Juga Tersedia Online!

    

Kredit video: Koleksi Lagu Raya Evergreen Terbaik




Hakcipta iluminasi.com (2017)