Oleh pada 28 Mar 2024 kategori

       

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, tak sah kalau kita tak mendengar lagu-lagu raya! Tak dinafikan lagu-lagu lama masih lagi 'berhantu' namun ada juga lagu yang baru keluar dalam beberapa tahun ini yang mencuri perhatian.

Walaupun lagu-lagu ini bukanlah terbitan tahun 2024 sepenuhnya, namun tetap menggamit kenangan dan keseronokan suasana hari raya.

Jom semak lagu-lagu raya moden yang pasti menyemarakkan lagi mood raya kita semua!

       

lagu raya lama sedih siti nurhaliza 450

       

Kemaafan Di Hari Raya - Floor 88

Kredit video: Floor 88 - Kemaafan Di Hari Raya (Official Music Video)

        

Kumpulan ini memang dikenali sebagai antara yang kerap merakam lagu-lagu raya dan sering menjadi pilihan utama di radio-radio Malaysia setiap kali tiba musim perayaan. Seperti komposisi lain daripada Floor 88 yang mudah dicerna pendengaran, karya ini juga tidak terkecuali.

        

Bukalah Hati - Ara Johari, Idris Brown, Bunga Isme

Kredit video: Ara Johari, Idris Brown & Bunga - Bukalah Hati

       

Dipersembahkan dengan penuh tenaga oleh Ara Johari, Idris Brown dan Bunga Isme, lagu ini menggambarkan kegembiraan menyambut Hari Raya, mengajak untuk bersatu, memaafkan dan menerima keindahan perubahan.

        

Terpaling Di Hari Raya - Tajul Ariff, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi, Wani Syaz

Kredit video: Tajul, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Muna, Tuah & Wani Syaz - Terpaling Di Hari Raya (Official Music Video)

       

Lagu ini menampilkan gabungan vokal enam penyanyi yang dikenali dalam keluarga artis FMC, iaitu Tajul, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi dan Wani Syaz.

        

Rindu Di Hari Lebaran - Datuk Jamal Abdillah

Kredit video: Dato Jamal Abdillah - Rindu Di Hari Lebaran (Official Music Video)

       

Penyanyi yang dihormati, Datuk Jamal Abdillah, kembali muncul dengan lagu raya terbarunya, kali ini tidak kurang hebat dan setanding dengan lagu-lagu raya beliau yang lain yang sentiasa kekal dalam ingatan.

        

Gi Raya! - Eddie hamid, Roy Kapilla, Man Khan, Fendi Kenali, Aris Kapilla, Shaq Mentor, Rosalinda

Kredit video: Gi Raya! - Eddie hamid, Roy Kapilla, Man Khan, Fendi Kenali, Aris Kapilla, Shaq Mentor & Rosalinda

        

Lagu dalam dialek Pantai Timur ini bersemangat dinyanyikan dan merupakan versi raya yang mengambil melodi daripada lagu asal "Muah" nyanyian Suzanne.

       

Raikan Kemenangan Ini - Yamani Abdillah, Zaki Yamani

Kredit video: Yamani Abdillah & Zaki Yamani - Raikan Kemenangan Ini [Official Music Video]

        

Dua anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah, menghidupkan lagu yang 'catchy' dengan lirik yang mengisahkan kegembiraan dalam menyambut Hari Raya bersama hidangan tradisional, keluarga dan ungkapan syukur kepada Ilahi.

        

Gema Syawal - XPOSE

Kredit video: XPOSE - Gema Syawal (Official Music Video)

        

Lontaran vokal yang mantap oleh Furhan, penyanyi utama kumpulan Xpose Band, dalam lagu yang bernada tinggi ini pastinya memikat hati pendengar tanpa sebarang keraguan.

       

Sambutlah Hari Raya - Aiman Tino

Kredit video: Aiman Tino - Sambutlah Hari Raya (Official Music Video) Lagu Raya 2022

      

Penyanyi genit yang pernah mencipta fenomena sebelum ini, melancarkan lagu raya terbaru pada 2022, yang pastinya akan membangkitkan rasa rindu untuk beraya di kampung halaman anda.

       

Erti Lebaran - Syamel

Kredit video: Syamel - Erti Lebaran (Official Lyric Video)

       

Dengan kemerduan suaranya, Syamel menghidupkan lagu yang sarat dengan emosi, yang mampu menyentuh hati, serta membawa suasana raya yang mengingatkan kepada melodi legenda, Jamal Abdillah dalam lagu Salam Aidilfitri.

       

Raya Menjelma - Usop, Apek Tajudin, Iqmal Romi, Luqman Faiz

Kredit video: Usop, Apek Tajudin, Iqmal Romi & Luqman Faiz - Raya Menjelma (Official Music Video)

        

Menggabungkan empat vokal penyanyi muda lelaki berbakat besar, karya ini menggambarkan kegembiraan menyambut Hari Raya dan semangat bermaaf-maafan serta berkongsi kebahagiaan.

        

Raya Raya - Danial Kifli, Ammor, Teah, Aieman Hamdan, Ceknen

Kredit video: Raya Raya - Danial Kifli, Ammor, Teah, Aieman Hamdan & Ceknen (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

       

"Raya Raya" membawa penyanyi 'BBNU' bekerjasama dengan pencipta konten muda yang popular di media sosial, menunjukkan kebolehan mereka dalam nyanyian.

       

Raya Jelma - Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat

Kredit video: Raya Jelma (Official Music Video) - Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Firdaus Rahmat

       

Menampilkan paduan vokal empat bakat muda dalam seni suara iaitu Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian dan Firdaus Rahmat yang menghasilkan gabungan indah melalui lagu yang berjudul Raya Jelma.

         

Seru Hari Lebaran - Syamel, Ernie Zakri

Kredit video: Syamel & Ernie Zakri - Seru Hari Lebaran [Official Music Video]

        

Dengan mengekalkan irama nostalgia lagu raya lama, lagu duet Syamel dan Ernie Zakri ini merupakan hasil ilham S. Atan yang terkenal dengan ciptaan lagu-lagu raya malar segar dan popular pada setiap sambutan Syawal.

        

Pasti Raya - Sufian Suhaimi, Sarah Suhairi

Kredit video: Sufian Suhaimi & Sarah Suhairi - Pasti Raya [Official Music Video]

       

Penyanyi dengan vokal yang unik, Sufian Suhaimi dan Sarah Suhairi, menyampaikan karya ini yang menggambarkan sukacita menyambut Hari Raya dan menekankan pentingnya bermaaf-maafan serta bersyukur.

       

Rindu Ayah Bonda - Syafiq Farhain, Yamani Abdillah

Kredit video: Syafiq Farhain & Yamani Abdillah - Rindu Ayah Bonda (Official Music Video)

        

Lagu yang sarat dengan emosi ini menyuarakan kerinduan kepada ibu bapa dan doa untuk mereka pada Hari Raya, dilagukan oleh Syafiq Farhain dan Yamani Abdillah. Mengingatkan akan kehebatan duet antara bapa mereka yang terkenal, Jamal Abdillah dan Saleem, menerusi lagu Lambaian Aidilfitri.

        

Untuk lebih senarai lagu hari raya terkini, baca artikel: 12 Lagu Hari Raya Aidilfitri Terbaru, Bakal 'Evergreen' Bak Lagu Lama?

Baca: 10 Filem Melayu Bertema Hari Raya Wajib Tonton, Juga Tersedia Online!

        

Kredit Video Youtube: Koleksi Lagu Raya Evergreen Terbaik Sepanjang Zaman

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)