Kredit foto: Instagram @zonlawak

Kumpulan Kiut muncul juara program Gegar Lawak musim pertama dalam pertandingan yang berlangsung di Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Hanaffi, Zam dan Tapai yang menganggotai kumpulan berkenaan meraih hadiah utama berupa wang tunai RM50,000.

Kedudukan kedua disandang Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini atau Eyya dengan ganjaran RM25,000.

Tangga ketiga milik kumpulan Abata yang dianggotai Alham, Mus dan Ilham, sekaligus membawa pulang RM15,000, diikuti Padil di tangga keempat dengan ganjaran RM10,000.

Manakala kumpulan duo, 2B (Lokman Harmin dan Weera) terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima sekaligus membawa pulang wang tunai RM5,000.

Selain itu, kesemua peserta turut menerima trofi sumbangan Astro.

Penilaian dibuat oleh dua juri tetap, artis versatil Datuk AC Mizal dan pelawak, Douglas Lim, bersama juri undangan, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad.

Pemarkahan diadili berdasarkan format gabungan 70 peratus oleh juri profesional dan 30 peratus daripada undian penonton.

Gegar Lawak dikemudi pasangan hos Kamal Adli dan Fad Bocey.




Hakcipta iluminasi.com (2017)