Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Aktor Kamal Adli menjuarai pertandingan akhir Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) yang berlangsung di Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang malam tadi.

Gelaran tersebut sekaligus melayakkan anggota kumpulan King Musang itu untuk membawa pulang wang berjumlah RM 100,000 berserta trofi.

Manakala naib johan menjadi milik pelawak Fad Bocey yang meraih wang tunai RM50,000 dan trofi.

Diikuti Achey Bocey di tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi.

Lain-lain peserta iaitu Ozlynn, Shuk SYJ, Mamak Puteh, Shahrol Shiro dan Sharif Zero menduduki tangga keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan dengan ganjaran wang tunai RM5,000 setiap seorang.

Untuk peringkat akhir, konsep pertandingan menuntut para peserta bersaing secara individu berbanding pentas mingguan yang menyaksikan pertembungan antara kumpulan King Musang dan Tenggiling Taiko.

SSS2017 dikemudikan Datuk AC Mizal selaku hos bersama Amir Raja Lawak yang memainkan peranan sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.

Peringkat akhir itu turut membawa chef selebriti, Datuk Chef Wan sebagai komentator jemputan di samping komentator tetap, Datuk Afdlin Shauki.

Manakala Jozan membuat kemunculan istimewa sebagai pemain jemputan.

Rancangan yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna dan Mustika HD itu juga menampilkan kumpulan Floor 88 sebagai penyanyi jemputan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)